Selesai maghrib..tunggu isyaK

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 

Hari khamis malam jumaat
Duduk bersila atas sejadah
Lepas tamat baca yasin buat doa selamat
Tak perlu yang panjang ringkas cukup dah

Bila hukumnya wajib maka mesti buat
Nak tambah pahala sokong dengan yang hukumnya sunnat
Biarlah kita mula macam lambat
Asal bukan kita jadi tukang penamat

Tolong ketip kuku yang panjang
Jangan suka cepat terpengaruh
Tidak jangka apa bakal mendatang
Usaha berdoa terus berserah

Bintang indah dilangit yang pekat
Dingin angin menyapa pipi
Jangan hidup dek kerana pangkat
Esok lusa akan ditinggal pergi

Sepuluh sen dua puluh sen
Sembunyi tabung bawah besen
Nikmatnya makan telur masin
Ucap alhamdulillah selepas bersin

3 rakaat ditunai sudah
Berzikir berselawat dalam hati
Sebelum bangun lipat sejadah
Ingatkan diri solat isyak sekejap lagi


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama