♡♡ulangkaji♡♡

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ukhuwah ♡ 

Ulangkaji
Google image 

Bangun pagi kemas rumah
Tugas wajib tuan rumah
Siddiq amanah tabligh fathonah
Sila amalkan ini sunnah

Sarapan pagi minum air kelapa
Nabi dan rasul kesayangan kita
Wajib tahu dua puluh lima
Hafal sikit sikit supaya tidak lupa

Taatnya tidak disangkal lagi
Menurut perintah turun ke bumi
Mengawasi manusia di alam duniawi
10 malaikat wajib diketahui

Rukun Islam 5 perkara
Rukun Iman pula 6 asasnya
Pasakkan terus dalam kepala
Mudah jawab bila ditanya

99 nama Allah 
Jadikan mainan hujung lidah
Tengok banyak macam payah
Ingat manfaat jadi mudah

Meriam paip meriam buluh
Gelap malam berteman lampu suluh
Sifat Allah ada dua puluh
Hafal walau sampai berpeluh peluh
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. salam jumaat kak, seronok pula ulangkaji ni...

    BalasPadam
  2. duduk khusyuk di atas sejadah
    mentelaah tauhid dan ibadah
    hidup di dunia lama sudah
    didih hati dah juga lidah



    BalasPadam
  3. terima kasih atas peringatan kak.. :)

    BalasPadam
  4. Mengumpat orang di beranda
    Gulai hangit jadinya
    Ilmu ini yang patut di dada
    Sebagai Muslim ini asasnya

    BalasPadam
  5. kekadang terlupa perkara yang perlu diingat.. kena study balik supaya tak lupa

    BalasPadam
  6. @Kakzakie
    Betul kak..walau simple klu tak ulangkaji lupa..

    BalasPadam
  7. @Maisarah
    Alhamdulillah..Allah.terima kasih dik..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama