Header Ads

KiaS

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Google image

|kias|

Santan pekat di dalm mangkuk
Persediaan hendak masak rendang
Biarlah ayam saja berkokok
Jangan kita sibuk bergendang


Pergi shopping naik van
Sampaikan demam sakit badan
Jangan dikesal nasibnya badan
Nasib orang jauh bersempadan

Bunga kopi harum baunya
Jalan malam disangka hantu
Hulur bantuan sedekah katanya
Moga tidak diharap terima kasih yang beribu ribu


Pokok koko semakin pupus
Pokok nenas sentiasa bersemai
Wahai manusia janganlah rakus
Ingatlah bumi untuk orang ramai


Pergi sekolah belajar silat
Asyik belajar tergeliat tangan
Manusia tak nampak Allah melihat
Siapa yang suka baling batu sembunyi tangan


Elakkan makan sambil bercakap
Ikan terubuk banyak tulang
Berhati hatilah ketika bercakap
Lembutnya lidah tidak bertulang


Luka dijari merahnya darah
Dibalut dengan daun senduduk
Luka ditangan nampak berdarah
Luka dihati duduk tertunduk


logoblog

9 ulasan:

  1. Kiasan yang penuh maksud tersirat.. Berbuat baiklah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..itu yang terbaik dan sebaiknya aiza...lillahitaala.

      Padam
  2. Nak pergi ikea
    Tp jalan jem
    Bw la dulu
    Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ajuya nak shopping ke...lalalla...boleh rambang mata...luas pulak tu ikea tu..hehe...

      Padam
  3. as usual, kak pc terbaik dalam berpantun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini rahsia...sebenarnya terkial...kial akak dik nak buat pantun...nasib tak rabak kulit kepala akak garu...ermmm...

      Padam
  4. pandainya PC berpantun! thumbs up utk PC :)))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe...terima kasih...kalau la tengok PC buat pantun...ngeri...serba tak kena..macam kucing sakit nak beranak gayanya...hehe..

      Padam
  5. kalau masa sekolah dulu...cikgu sastera minta terjemahkan maksud tersirat dan tersurat...ha...yg ni banyak maksud tersurat dan tersirat ni

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..