Header Ads

Pantun Jom..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tumisan kari harum semerbak
Perut yang kenyang menjadi lapar 
Membentuk akhlak bukan macam menembak
Peluru dihala kelapang sarsar


image
Google image

Buah nona lemak manis
Dibungkus rapi elok ranumnya
Walau pun bicaranya lunak dan manis
Pastikan baik semua maksudnya

Ke hulu ke hilir memakai terompah
Terompah comel bewarna biru
Jangan dipermain tulahnya sumpah
Kelak hidup haru biru

Buai laju laju sampai sejuk telinga
Apa dalam bakul sekuntum bunga kenanga
Moga ukhuwah sihat sejahtera
Boleh kita terus bersua pada setiap luahan idea
logoblog

13 ulasan:

  1. Pndainya pantun... pnuh dg nasihat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih abak..biasa2 je dik..dengan izinNya juga :)

      Padam
  2. pokok rambutan buahnya lebat,
    merah kulit terasa manisnya,
    singgah menyinggah sesama sahabat,
    mengukuh ikatan sesama kita...

    #jmbelog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lari setempat pun dah mengah
      Duduk berehat tepi tasik
      Terima kasih sudi singgah
      Harapnya jangan serik

      Padam
  3. dua tiga buah nona ,
    pantun dikarang penuh pesona,
    tersenyum yana membaca pantunnya,
    dikarang oleh kak Pc , baik hatinya.

    hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepuk tangan sambil tersenyum manis
      Duduk bersimpuh berkain batik
      Terima kasih wahai adik manis
      Kak PC bukan yang terbaik..

      Amboi :) cubit pipi sikit..

      Padam
  4. Aku cik akak nama diberi..
    Pemilik blog cintakan ungu..
    Nasihat diterima sepenuh hati..
    Kelak nanti hidup tak haru biru..hahaha


    Nie cik akak nak tanya...
    Blog nie tak de butang older post ke..susah cik akak nak komen...entri lama

    BalasPadam
  5. Terima kasih pc sudi singgah blog kak yan yang tak seberapa tu...salam pkenalan :-))

    BalasPadam
  6. in shaa Allah
    alahai seronoknya berbalas pantun

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..