Sayur kangkung goreng belacan
Ikan sepat masin diperahkan limau
Dah senang jangan lupa kawan
Sesekali kenangan dulu cuba diimbau
Bayam subur tumbuh melata
Dipetik pucuknya masak lemak
Memang benar tak sungguh tidak dikata
Makan darah daging rasa tidak tergamak
Pucuk labu sihat menjalar
Buahnya banyak dibuat bingka
Jangan asyik suka bertengkar
Ingat ingatlah pahala dosa
Umbut kelapa rasanya manis
Masak gulai bersama daging
Bukan hanya pandai bermulut manis
Bukan juga hanya bijak berdendang
Daun tebu tajam menghiris
Sekali terkena bisanya terasa
Dalam hidup kita ada sempadan dan garis
Untuk menjadi panduan setiap ketika
Ikan sepat masin diperahkan limau
Dah senang jangan lupa kawan
Sesekali kenangan dulu cuba diimbau
Bayam subur tumbuh melata
Dipetik pucuknya masak lemak
Memang benar tak sungguh tidak dikata
Makan darah daging rasa tidak tergamak
Pucuk labu sihat menjalar
Buahnya banyak dibuat bingka
Jangan asyik suka bertengkar
Ingat ingatlah pahala dosa
Umbut kelapa rasanya manis
Masak gulai bersama daging
Bukan hanya pandai bermulut manis
Bukan juga hanya bijak berdendang
Daun tebu tajam menghiris
Sekali terkena bisanya terasa
Dalam hidup kita ada sempadan dan garis
Untuk menjadi panduan setiap ketika
Tags:
Pantun
Pagi jumaat buka blog,
BalasPadamdibuka pula blog ini,
monolog bukan sebarang monolog
monolog kak pc monolog berisi.
salam kak! terima kasih atas setiap pesan! :)
Salam jumaat yana..salam penghulu segala hari...
PadamPakai baju warna merah
Tudung pula warna jingga
Terima kasih sudi singgah
Ambil mana manfaat berguna
nak try pantun juga lah, tapi tak ada idea..sob3..
BalasPadamtq for the ingatan..hehe
Hihi...tak apalah...suka2 je ni diya...sana2 adik..
PadamSalam singgah petang PC...terima atas ingatan ini PC...
BalasPadamAssalammualaikum...PC,
BalasPadampandai nyer PC berpantun... nice.
mselim3
pls: sorry mselim3 pun tak der idea nak berpantun.. ada masa nanti kita berbalas pantun...
Jom Kita Ke Pasar Tani
BalasPadamMari Membeli Ikan Tenggiri
Pagi-pagi Buka Blog Ini
Baca Pantun Nasihat Diri......
Boleh kah macam tu...?hehehe