بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Sumber Google Image
Sumber Google Image
JANGAN TERUS DIBUANG DUNIA || Dunia sementara sekadar persinggahan kita ummat manusia sebelum nyawa diambil Malaikat Izrail..berpindah ke satu daerah di mana hanya amalan menemani kita..cuma kedamaian atau seksaan yang ada..kemudian bangkitlah kita pada satu keadaan yang masing-masing hanya memikirkan nasib sendiri menanti ke mana destinasi yang paling terakhir..subhanAllah..Allahu..
Cari dan kejar akhirat..dunia juga kita dapat..tapi jangan kita abaikan dunia..jangan terus dibuang dunia untuk mendapat tempat di akhirat..kerana dunia umpama jambatan kita ke akhirat..dosa..pahala mula tercatat semasa hayat kita di dunia..ujian Allah juga semasa adanya nyawa kita di dunia..di alam kubur..di akhirat itu adalah impak perlakuan kita di dunia lagi..balasan..baik atau sebaliknya..nampak tak..
Perumpamaannya..*Duduk dalam kelas yang sama..belajar dan diajar oleh guru yang sama..jawab soalan peperiksaan yang serupa..kertas jawapan ditanda oleh guru yang itu juga..tapi mengapa keputusan berbeza..markah tidak sama..kerana setiap daripada kita ada kefahaman yang berbeza..rezeki tidak setara..nasib juga jauh berbeza..tujuannya serupa ke sekolah untuk menuntut ilmu..biar pun awak cerdik..guru tetap guru..murid adalah murid..biarpun satu masa kedudukkan awak setara dengannya..*
Tags:
Santai
Salam kak , seimbangkan dua dua tu :)
BalasPadamWaalaikummussalam...betul Yana..
Padam