Tarian Barongan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

TARIAN BARONGAN || Kuda kepang..zapin..silat..lazimnya kita lihat di sesetengah majlis yang diadakan itu pun tidak disemua negeri atau daerah...di Negeri Johor biasanya ianya agak mudah dilihat dan masih dihidupkan sehingga kini..dan lagi satu yang masih bertahan hingga kini adalah Tarian Barongan..mungkin atok nenek kita sudah lali dengan tarian ini..ibu bapa kita juga..namun bagaimana dengan gen Y...kecuali pengkaji kesenian dan kebudayaan..memang mereka tahu..

PC sendiri akan lari sembunyi bila ikut mama pergi ke majlis-majlis perkahwinan atau apa saja majlis yang ada tarian barongan atau kuda kepang..bukan sekadar dulu zaman gigi kapak masih sebatang ya..samapai sekarang pun..serius PC takut..boleh terbawa dalam sebabak dua mimpi ngeri dalam lenaku..hihi..

Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s.dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari. Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu Pahat, Johor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gong, gendang, dan angklung.Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa Islam ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam di Malaysia. Negara Indonesia menganggap Tarian Barongan sebagai menciplak tarian Islami Reog berasal dari Ponorogo yang merupakan bentuk ciptaan.Batoro katong yang merupakan Bupati pertama ponorogo serta ulama yang merupakan murid dari sunan kali jaga, reog sendiri berasal dari kata riyuqun..kerana keduanya memiliki tarian yang persis sama dan yang utama ialah topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak. Hal ini (ciplakan) dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah yang bertapak di Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri lama sebelum wujudnya Indonesia, sebagai maling(pencuri)Bentuk dadak merak turut menyerupai kavadi yang dibawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Taipusam.Tarian Barongan juga menarik kerana terdapat tradisi yang mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang. Ini kerana Tarian Kuda Kepang dipercayai merupakan cara untuk menarik perhatian orang ramai ketika mengembangkan ajaran Islam di Jawa. Dengan itu tradisi mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang kemungkinannya merupakan bukti kepentingan tarian Barongan dalam penyebaran syiar Islam ketika itu. 
Tarian Barongan
Google Image

Alhamdulillah negara kita kaya dengan pelbagai kesenian dan kebudayaan..selagi ianya tidak memesongkan nilai akidah..ianya masih boleh dipertimbangkan..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Zumal takut tengok tarian barongan tu terutama rupa topengnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalahnya PC pun taku zumal...sanggup patah balik tak pergi makan jemputan pun tak pe..

      Padam
  2. Salam , baru tahu ada tarian ni, tapi topeng tu betul seram

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Johor masih aktif sesetengah daerahnya...

      Padam
  3. baru tau tetang tarian barongan ni.

    BalasPadam
  4. Bila ada barongan..pasti ada pembakaran kemenyan dan orang dirasuk....tak minat sangat tengok...

    BalasPadam
  5. Memang menarik, 1st time dengar ttg tarian ni..:)

    BalasPadam
  6. saya paling takut tengok tarian puteri di kelantan dan selatan thai..

    BalasPadam
  7. Bunda pun sama lah ngan Zumal.. takut dan seram jer tengok... tengok kat tv...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama