بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum..
Assalammualaikum..
ELAKKAN CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN || Ini ingatan paling besar untuk diri PC sendiri sebenarnya..*bukan main-main*.. yalah dalam pada berkongsi itu dan ini PC sangat berharap apa yang baik kita sama-sama manfaatkan..dan yang pasti semua yang baik itu daripada NYA..dan yang khilaf itu tentunya daripada laghanya PC...subhanAllah..bila baca ayat ini sesungguhnya dijiwa terjentik satu rasa yang sukar dijelaskan..Allah..moga ENGKAU bimbing diriku hingga nafasku yang terakhir dengan kasih sayangMU yang suci..
Setiap apa yang PC kongsi bukan kerana PC sudah cukup baik sesungguhnya PC sedang bertatih untuk jadi lebih baik daripada sebelum-sebelum ini..untuk mencari kesempurnaan itu sememangnya tidak kerana sempurna itu hanya milik DIA Ya Mutakabbir(Maha Memiliki Segala Kebesaran)..Allah..Allah..Allah..
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.Surah As-Saff : Ayat ke-3
Moga kita terhindar daripada menjadi insan yang hanya fasih berbicara namun terkandas bila tiba saat untuk melunaskannya..amin..
*terima kasih ukhuwah*
Tags:
Ilmu