بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum..
Peria (Biasa)
Google Image
Assalammualaikum..
Peria (Biasa)
Google Image
MEMANG PAHIT..MANIS ITU GULA ||Haaaa hari ini PC nak kongsi tentang "PERIA"..wuuuuu..macam dah terasa-rasa pahitnya..yang pahit itu ubat..betul tak..sawi pun ada rasa pahit-pahit juga cuma tidak seberapalah pahitnya tu..siapa suka makan peria??..cepat senyum...*dulu PC tak suka makan sayur peria..betul tak tipu..tapi lama kelamaan lidah macam dah serasi..tekak pun alhamdulillah layan..*..macam mana nak hilangkan rasa pahit peria????...mama ke..mak mertua PC ke..dan turun temurun ke PC sekarang ini...lepas saja buang biji peria tu..hiris tipis-tipis..cepat-cepat rendam dalam air garam..hihihihi..pahit lagi???..alahai...macam mana ni....hihihi..tumis kering campur telur..eh..pahit lagi...masak lemak campur udang..apa????..tetap pahit???...cubit nak cubit..lolipop manis dik...*jangan marah..PC gurau je*..
Selain dimasak peria juga boleh dibuat jus..peria ada dua jenis..peria yang biasa tu dan lagi satu peria katak(sumpah comel tapi pahitnya boleh buat muka kedut macam kertas direnyukkan..kihkihkih)...lazimnya peria katak(nama je bukan katak yang loncat-loncat tu)+epal hijau+batang saderi=jus..yeyyyy sila minum dengan muka penuh keredhaan ya..nak membebel sila dalam hati sahaja...kapsul peria pun ada tau..jadi tiada alasan pahit lagi..nak atau tidak sahaja sebenarnya..
Peria Katak
(bitter gourd, bitter melon, balsam pear ataubalsam apple)
Google Image
Peria Katak..Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia..mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah..Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional,serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin. Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria. (SUMBER RUJUKKAN)
Hehehehe...gigih siapa yang boleh makan peria katak dicelur dengan sambal belacan sambil bersembang tempat percutian terindah di Malaysia..kerana orang lain mungkin dah mencecet-cecet minum air 4..5..gelas nak hilangkan rasa pahit yang menyengat..kihkihkih..
*terima kasih ukhuwah*
#maaf kerana entri panjang meleret...
Tags:
Info
Bagus untuk kesehatan (>.<)
BalasPadamSayuran yang mempunyai pelbagai khasiat perubatan.
BalasPadamMudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil.
pahit2 peria katak bolleh awet muda n pnjngkan usia insyaAllah.
BalasPadamPahit keria yang ada khasiatnya. Tapiii siqah tetap tak makan. Tak tahan kak dengan pahit tu. Huhu
BalasPadamBetul sekali..., terima kasih infonya
BalasPadammasekojm.blogspot.com
Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
BalasPadambenar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
dan alhamdulillah saya dapat Rp.330 juta dan semua ini
berkat bantuan angka dari MBAH SANGKIL
karena cuma beliaulah yang memberikan angka
ghoibnya yang di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 70 ribu karna
saya gak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya gak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya karna 4X berturut-turut saya menang
buat anda yang butuh angka 2d 3d 4d dijamin tembus
hubungi di nomor hp: (~0852~1049~3757~) MBAH SANGKIL
saya jamin beliau akan membantu kesusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih..