Sekali Lagi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم
Assalammualaikum..

SEKALI LAGI || Sebelum ini yang INI HA sila klik kalau nak tahu...dan kali ini PC nak kongsi lagi kekeliruan yang melanda dikala zaman jahil..kira jahil la tahap kena piat telinga..hihihi..tapi sekarang alhamdulillah tidak lagi....haaa gitu..haruslah ada perubahan betul tak...kalau sampai sekarang silap lagi harus tak berani balik rumah mak mertua...mau kena jirus dengan cili kering yang siap dikisar tu ha...

Daun Kucai ni rasanya tidak asinglah bagi wanita yang sudah bergelar isteri dan ibu..bukan la anak dara..anak teruna tidak perlu tahu atau tidak tahu...adik adik yang masih single mingle baik lelaki mahupun perempuan zaman sekarang ni hebat memasak..bagi yang suka makan daun kucai ini pastinya kenal..tak jadi masalah kalau mak suruh pergi kedai beli daun kucai untuk dijadikan bahan tambahan pada masakkan..yang tak kenal..apa susah..baca je la lebel tu..kalau tak pun buat muka sehabis manis..tanya orang..habis cerita..

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.SUMBER

 daun kucai
Daun Kucai
Google Image

PC paling pucat bila mama suruh pergi kedai beli daun kucai dengan daun bawang..hahaha*nama pun budak-budak*...kadang siap cakap ganti daun kari tak boleh ke ma??hahahahahha..dah kenapa nak goreng bihoon ko letak daun kari bedah oiiiii...hahahaha..macam mana nak kenal...haaa daun kucai tipis-tipis halus*tak la halus mana* daun bawang gemok lepas tu dalamnya berongga macam batang betik...bila kita potong tu boleh la buat macam teropong gitu...oooooooo senang je...ingat..ingat..ingat...

 daun bawang
Daun Bawang
Google Image

Daun bawang merupakan sejenis tumbuhan herba dari genus Allium. Bahagian atas daun bawang tidak pejal kerana tumbuhan ini tidak mempunyai bahagian akar yang tumbuh dengan menyeluruh. Daun bawang digunakan dalam masakan.Untuk menggunakan daun bawang untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar.SUMBER

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. dulu kala aida pun x tau beza daun-daun ni hu hu hu.
    now ok la.
    daun kucai ni aida jadik kan rencah mee goreng.
    potong panjang-panjang.
    pastu paksa anak2 makan ha ha ha :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama