Bahaya Kalau..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

BAHAYA KALAU.. || Semua orang terdedah dengan bahaya..kecil besar..tua muda..tidak kir walau di mana pun..waima di dalam rumah sendiri mahu pun di surau atau di masjid..kerana kemalanagan itu boleh berlaku di mana-mana sahaja..tidak terjangka..tidak terduga..kalau semua bahaya macam mana??..itulah sebabnya selalu kita dengar macam-macam pesanankan...daripada ibu ayah kita..daripada media cetak..media elektronik..kan...sudah semakin dekat dengan hari raya..semakin galaklah iklan-iklan peringatan untuk kita..

Baiklah jom kita tengok apalah yang PC nak senaraikan BAHAYA KALAU ni ya..
1. Dalam waktu-waktu sekarang ini orang ramai sudah tidak lagi menunggu hujung minggu untuk membuat persiapan raya untuk keluarga..tidak dapat sianag..malan pun boleh..jadi bahaya kalau tidak perhatikan anak-anak..beg tangan..beg duit ketika ini perlu lebih diambil kira terutama ketika bersesak-sesak berbelanja..

2. Tiada gaji awal buat pertama kalinya di tahun ini untuk sambutan perayaan..maksudnya bahaya kalau sentiasa beriang gembira keluarkan duit dalam akaun...kecuali sememangnya awak tidak perlu risau akan hal kekurangan atau kekeringan duit bila-bila masa pun...bagi yang berpendapatan sederhana...maka besederhana jugalah dalam setiap urusan ya...terutama yang perlu pulang ke kampung halaman..zakat fitrah jangan lupa bayar..

3. Bukan sahaja tuan punya kenderaan mesti sihat..kenderaannya juga perlu diservis bagi mengelakkan kerosakkan berlaku ketika dalam perjalanan..kalau dah servis..tapi masih lagi berlaku kerosakkan.atau timbul masalah..itu semua kehendak Allah..lagi satu bahaya kalau memandu dalam keadaan mengantuk..jadi..tidur secukupnya..supaya hendak beri lampu isyarat tidak pula pergi gerakkan wipper cermin hadapan..

Alahai panjang berjela lah pula..kalau ada lagi kawan-kawan tambah ya..pastinya ada banyak lagikan..namun dalam banyak-banyak BAHAYA KALAU ini....yang PC rasa paling bahaya kalau kita selalu suka bercakap perkara yang sia-sia..dan lebih bahaya kalau kita tidak sedar yang diri kita buat silap pada Allah dan sesama insan..moga dijauhkan..ameen..

#mencari redha Ilahi
*terima kasih ukhuwah

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama