Beringat Sentiasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Pergi bersiar-siar berkereta
Adakala kancil kadangkala Axia
Banyak tidur di hari biasa melemahkan minda
Tidur seketika di bulan Ramadhan pula berpahala

Bendera koyak sini sana
Tiba masanya tukar sahaja
Kawal rasa melihat juadah tersedia
Amalkan berzikir menanti waktu berbuka

Emak buat kuih keria
Manis rasanya bersalut gula
Cuba amalkan penggunaan cuka
Kerana itu juga sunnah Baginda

Buah melaka berinti gula
Gula tebu atau gula melaka
Pulanglah sebelum masuknya senja
Bagi mengelak gangguan durjana

Habis makan kawal sendawa
Kentut juga ada batasnya
Dalam kita gelak ketawa
Jangan dilupa yang kurang punya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Eh2 pantun pantun pulak.
    Hehee kita tak pandai nak balas pantun

    BalasPadam
  2. Wahh kak PC pandai berpantun.. Thorbaikk la kak PC.. Lea tak pandai nak balas.. hikhik..

    BalasPadam
  3. Hari ni buat buah melaka
    Berinti gula bersalut kelapa
    Bulan puasa mengumpul pahala..
    Jangan siakan bila syawal tiba
    Dengan yg lagha dan sia-sia..

    Hihi...terpantun 5 kerat pulak..
    Tapi mmg hari ni buat buah melaka, tak caye esok stalk kt umh saya, hehe..

    BalasPadam
  4. Hari ni buat buah melaka
    Berinti gula bersalut kelapa
    Bulan puasa mengumpul pahala..
    Jangan siakan bila syawal tiba
    Dengan yg lagha dan sia-sia..

    Hihi...terpantun 5 kerat pulak..
    Tapi mmg hari ni buat buah melaka, tak caye esok stalk kt umh saya, hehe..

    BalasPadam
  5. Bulan puasa bulan rahmat
    Semoga amalan mendapat berkat
    Bekal kita di hari akhirat.



    (pantun 3 kerat).

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama