Iklan Peluang Pekerjaan Di KEMAS

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

IKLAN PELUANG PEKERJAAN DI KEMAS || Lepas bangun tidur jangan malas-malas terus kemas katil tu..tegangkan cadar..susun bantal-bantal..bantal busuk tu selit paling bawah sebab super cute lagi semerbak mewangi..^^..dah siap makan kalau taknak kemas meja makan tak apalah ya..tapi pastikan angkat pinggan kotor masing-masing ke dalam singki..alahai..basuh la sekalikan..kalau boleh jangan la sampai mak kita kutip pinggan cawan kotor kita yang dah jadi tukun cendwan tu..kesian mak kita..penat dia..kalau tak mampu kemas semua kemaslah bahagian kita sendiri..sekurang-kurangnya kurang sikit kerja yang perlu dilakukan orang dalam rumah kita..tapi janganlah sapu tahi cicak pergi masukkan ke bilik sebelah lalu bawah dinding belebas..itu aniaya namanya..memang cari pasal..

Baik lelaki atau perempuan..tidak beli baju baru setiap bulan tidak mengapa..tidak menjadi masalah pun..kalau ada rezeki pun tak salah nak beli walau sebulan berkali-kali..itu pada PC lah..asalkan sentiasa nampak kemas dan bersih..itu sudah alkhamdulillah..selang selikan dengan koleksi baju yang ada pun cukuplah..janganlah seminggu pakai baju yang sama kecuali yang kerjanya memang beruniform..itu memang tidak boleh elak..walaupun begitu jangan pulak tak dibasuh..kesian kawan sebelah..terganggu emosi dia..mungkin tidak berbunyi di mulut tapi berkata-kata dihati kecil lagi halusnya..tak pasal-pasal berat bahu kiri kita..^^..pandai kawan tu cover..esok pagi terus bawa ridsect..nak sembur semut katanya walaupun untuk bunuh nyamuk sebenarnya..

Kemas..bukan sahaja memberi keselesaan pada kita tapi juga sedap dipandang orang lain..bukan kita saja bersemangat orang lain lebih berkobar-kobar..silap-silap orang minta petua pulak pada kita..dalam pada kongsi petua ke..atau tips yang baik-baik tu ke..apa kata kongsi juga iklan peluang pekerjaan di JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT[KEMAS] ni..siapa tahu rezekikan..boleh la cuba..borang permohonannya boleh di muat turun di SINI atau di SINI juga..nak tengok iklan jawatan yang ditawarkan nak lagi mudah klik SINI..nak muat turun borang terus ke SINI..

Moga bermanfaat ya ukhuwah semua...
#mencari redha Allah
*terima kasih ukhuwah

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Islam pun menuntut agar kita sentiasa kemas kan... Semoga dpt juga membantu mereka yg layak dan mencari peluang pekerjaan, in shaa Allah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Bro KK..aneen..moga memberi manfaatlah kepada yang memerlukan...ameen :)

      Padam
  2. Betul tu. Kena latih diri sentiasa kemas semula apa yg dirasakan tak kemas.

    BalasPadam
  3. Betul tu. Kena latih diri sentiasa kemas semula apa yg dirasakan tak kemas.

    BalasPadam
  4. Kemas. Itu yang penting. Tak kisah kalau baju lama sekalipun. Asalkan bersih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..setuju sebabnya setiap orang kemampuan berbeza jadi tak apa gilir baju asal kemas dan bersih :)

      Padam
  5. betul tu pc.
    nak tgk lah.rindu pula dengan KEMAS
    terima kasih pc berkongsi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..hihi..aah tengoklah mana tahu bermanfaat..kalau ada sesiapa yang layak maklumkan supaya boleh mohon..:)

      Padam
  6. yup.. kemas dan bersih. itu yang penting kan kak PC :)

    BalasPadam
  7. boleh la apply bagi yg verminat kannn

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama