Simpan Dulu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

SIMPAN DULU || Emosi sukar dijangka..kadang baik-baik sahaja..kadang tiba-tiba jadi carca-merba..jangan kata orang lain..diri sendiri pun kadang tidak boleh faham dengan rentak emosi sendiri..alahai..kalau kaum wanita bila kelihatan moody terus dicopnya angin senguggut sudah datang..walhal kadangkala ada asbab lain..tapi elok jugalah kalau terus membuat kesimpulan begitu tidak perlu jawab banyak temuramah daripada wartawan tidak bertauliah..sedangkan orang tu moody sebab dah tiga hari sembelit..hehe...*bulan Ramadhan ni memang kurang minum..oleh itu banyakkan minum selepas waktu berbuka untuk menanpung kekurangan sedikit air pada tubuh kita ya*

Ketara perbezaannya..zaman remaja mungkin kita mudah melatah..bukan melatah yang pantang dicuit tu..opocot..opocot oooo mak kau tu..bukan..bukan..ini melatah yang cepat bertindak ikut perasaan..ha..pantang dikeji sikit..tidak boleh diprovoks sikit cepat melentingnya..cepat hangat bak kata orang utagha..tidak pun *panas baran yang tidak kritikallah*..sepuluh awak hentam...dua puluh kita balas serangan...sampai terkulat-kulat kawan tu..semakin masa berlalu..seiring bertambahnya angka pada usia dan semakin kita sedar ajal semakin menghampiri..kita semakin berusaha untuk berubah..in sya Allah..alhamdulillah..bagus..teruskan..

Belajar mengawal...amarah itu ada pada diri setiap orang yang hidup..sedih juga sentiasa mendampingi kita walau di mana..pedasnya bahasa itu ketika bercakap tidak usah dinafi lazimnya lebih pedas daripada cili padi..boleh buasir hati jadinya..tiada siapa boleh mengawal..kecuali kita minta agar Allah bantu kita untk mengelakkannya daripada lebih parah..simpan dulu setiap rasa-rasa yang panas membara itu..simpan dulu kata-kata yang pedas itu..simpan untuk dilentur agar tidak terus dihambur hingga ada jiwa-jiwa yang lebur..tujuannya satu..biarpun nampak berpura seolah tiada apa-apa itu lebih baik daripada kita menunjukkan aib diri sendiri.. 

#mencari.redha.Allah
*terima kasih ukhuwah
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. See kita pun sedar sebenanrnya kita sendiri taktau nak apa bila moody. Halaihai perempuan :') Bertabah la lelaki huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...sebab tu bila perempuan diam je...biarkan...nanti ok sendiri...kerana kadang minda dan emosi sedang berdebat kencang :)

      Padam
  2. Wkmsalam.
    Semakin berusia kita, sepatutnya semakin matang tindakan kita.

    BalasPadam
  3. Moody nie di luar jangkaan. Tetiba boleh jadi dan tetiba boleh hilang. Ajaib betul. Cuma harap masa moody janganlah ada yang menegur. Memang terkena secara tak sengaja nanti. Huhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama