Cermin Diri

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

Daun inai ditumbuk halus
Dicampur dengan sedikit gambir
Sikap beramah mesra itu bagus
Namun elakkan sindir menyindir

Daun mengkuang dijemur rapi
Kemudian dicelup ke dalam pewarna
Sesekali duduk muhasabah diri
Perbaiki yang silap sekiranya ada

Daun kelapa dikumpul bertimbun
Lidinya diambil buat penyapu 
Biarlah kerja bertahun-tahun
Elakkan menipu jangan mengampu

Air tasik nampak jernih
Boleh melihat ikan berenang
Zaman ini serba canggih
Yang terdahulu jangan terus dibuang

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu. Beramah mesra tak salah, asalkan tahu jaga tutur kata dan tak menyindir orang lain. Peramah tapi ayat macam pisau tak guna juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..baik tapi mengena tu yang sedih sangat rasa :(

      Padam
Terbaru Lebih lama