Akhirnya Terjawab Juga..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

AKHIRNYA TERJAWAB JUGA || Hangat,sepanjang minggu isu kenaikkan harga minyak masak juga petrol..dan PC hanya pandang sekilas lalu..hadap sahaja..bohong kalau kata tidak terkesan..malah bagi kami suami isteri,,kalau dah ianya keperluan,suka atau tidak perlu dilalui cuma untuk tidak terlalu membebankan poket sendiri kehendak yang banyak dikorbankan..bukan sederhana tapi lebih..lebih dan lebihkan lagi kesederhanaan itu..

Cuba didik hati dan set minda lebih putih dan positif..sepanjang minggu lepas boleh dikatakan kerap juga kami berbelanja..barang-barang kering lazimnya kami beli banyak sekaligus untuk kegunaan lebih kurang 2 minggu melainkan barang basah kami beli berdikit-dikit..tewasnya pada stok minyak masak

Kami : Adik,minyak masak tak ada stok ya..
Pekerja : Maaf bang stok minyak masak memang langsung dah tak ada dalam stor.Kami pun tengah tunggu minyak sampai.

Hari ini kami pergi lagi..nak juga jeling-jeling kot-kot dah ada stok minyak masak..alhamdulillah...yes ada..apa lagi...bila terpandang dirak minyak masak tersusun rapi botol-botol minyak masak..kami tertarik..laki bini berdesup tolak troli sambil senyum-senyum..ecececeh...tapi...tapi...ianya SEOLAH-OLAH memberi jawapan..

Minyak masak Knife 2kg
Cetakkan harga pada botol RM7.++ *sennya PC tak ingat*
Harga baharu dirak RM10.10

Image

Image

Minyak masak Knife 5kg
Cetakkan harga pada botol RM14.70
Harga baharu dirak RM23.10

Image

Image

Kenapa dibotol masih lagi bercop harga lama harga dimana kami sering bayar sebelum-sebelum ini malahan harganya hanya RM13.++ dan setelah kenaikkan harga berkuatkuasa..harga dibotol masih sama tetapi dirak??...harga baru yang perlu pengguna bayar??...bukankah harga baharu..stok baharu dan sewajarnya cop dibotol juga menunjukkan harga baharu...

Ending...kami tak jadi beli minyak masak..kecewa kerana ditipu..
Dannnnnnn dikaunter..

Kami : minyak dah naik harga ya..
Cashier : aah bang,,minyak dah naik harga,,harga baru,,barang baru sampai
Kami : tapi kenapa kat botol cop harga lama lagi..
Cashier : *getar bibir dia,,pucat,,senyap,,tunduk,,cepat-cepat bagi bil,,buat-buat sibuk,,pandang lain..*

Tekanan itu menjadikan pengguna semakin bijak dan teliti..semuanya atas bantuan Allah.Biarpun naik harga sekiranya barang itu barang keperluan,,ya biarpun pedih,,perit,,terluka..pengguna tetap akan cari dan beli dengan syarat betul caranya..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah  



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. WKmsalam.
    Nampaknya kita kena kurangkan penggunaan minyak masak dalam masakan.
    Atau beli yang peket 1 kg saje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gantikan atau lebihkan pada mengukus..bakar atau rebus kan Pakcik WP..in sha Allah...

      Padam
  2. takleh buat apa, kuasa rakyat tak power. kenalah tukar cara masakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi...kan..kena ubah cara masakkan dan sekaligus menu..

      Padam
  3. Memang betul2 terkesan dengan kenaikan harga minyak ni.. kena kurangkan penggunaan jg slps ni ...sabar jak lah..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la kak..goreng ikan..goreng ayam kena kurangkan..huhu...yg bergoreng ni mmg kena kurangkan..

      Padam
Terbaru Lebih lama