Teruskan Mengenali

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Tidak mengapa jika saat ini ianya baru sahaja bermula..jangan gusar..teruskan..lagi dan lagi...mungkin hari ini merangkak..tergagap..dan terkedu hujung lidah..biarkan..ianya satu permulaan..jangan hentikan..jangan ada rasa mahu mengalah..

Tidak mengapa kalau kali ini juga tiada irama yang lunak merdu..biar sekadar untuk pendengaran sendiri..itu sudah memadai...alhamdulillah...andai sebelum ini sekadar bunyi bukalah langkah baru..untuk lebih mendekati cuba fahami maksud dari segenap sisi..usaha pelajar lebih mendalam lagi supaya dapat diperbetul khilaf sebelum ini..

Teruskan mengenali..untuk yang ini tiada istilah rugi sebaliknya jalan untuk mewahkan diri..lebih banyak ianya dialunkan lebih banyak rasa rasa bahagia itu bercambah..bicara seorang hamba dengan Tuhannya..laluannya adalah kalamullah..Al Quran..silakan..

💖Perdu Cinta💖



6 comments:

  1. InsyaaAllah... terima kasih sis atas ingatan...

    ReplyDelete
  2. Walau dah lama kenal, belum tentu kita tau setiap satu kisah yg ada dalamnya :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..sebab kak PC pun begitu..malu pada diri sendiri :)

      Delete
  3. Wkmsalam.
    Kena khatam tafsirannya juga.
    Supaya kita faham maksud tersurat dan tersirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Pakcik WP..biar seiring..insyaAllah :)

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.