Latih Ya!!..Letih Ke??..InsyaAllah Boleh..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖



LATIH YA!!..LETIH KE??..INSYAALLAH BOLEH.. || Bak kata omputih.."Practice Make Perfect"..bissmillah..sekali,dua kali,walaupun berkali-kali..usahakan yang paling terdaya..dengan syarat langkah pertama.."doa" jangan lepas.."Siapa yang meminta(doa)Allah pasti beri.."apa,bila dan bagaimana itu urusan DIA.

Sebati.Jari yang terhiris dek pisau amboi sakitnya bukan main.Sakit itu tidak kelihatan tapi sakitnya dapat kita rasakan..kerana kulit dan daging itu sebati bersama..dan bayangkan betapa sakitnya nyawa hendak diambil daripada jasad..sedangkan nyawa sudah sebati seusianya kita saat itu tiba..subhanaAllah..Allahuakbar..begitu juga bila kita berusaha untuk memulakan sesuatu yang baru..yang cenderungnya lebih kepada kebaikkan,percayalah tidak mudah untuk mencantas rasa-rasa yang iri untuk membinasa..terkadang perlu berlawan dengan diri sendiri!!.andai berjaya,ya aura kebaikkan itu mampu sebati dalam jiwa maka molek setiap satunya.

Bangkit daripada kejatuhan.Menjadi titik pemula pada satu-satu kejayaan itu berbeza setiap kita sebenarnya.Bagaimana kisahnya itu menjadi ceritera empunya diri.Tidak kisahlah siapa pun kita,pasti pernah merasai rebah dan bangkit semula..ya,hati kita sering rebah..hati juga bangkit untuk menjadi lebih tabah.Bila kita melihat orang lain bersemangat bangkit,mungkin ianya bermula daripada hati dan jiwanya yang pernah rebah parah kemudian bangkit bersemangat.Siapa tahu!?!..maka sokonglah..jangan asyik diracun benih yang sedang tumbuh,tidak usah dicantas dahan yang sedang bertunas baru.

Dengan izinNya segalanya mungkin..tiada yang mustahil tiada juga yang aneh..yang sering berkelakuan aneh itu manusia kerana sentiasa mempertikai sesuatu yang telah Allah SWT cipta dan takdirkan..hidup yang singkat ini biar berTUHAN jangan sesekali berasa diri itu Tuhan..sangat berbahaya..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. bukan mudah mahu bangkit setelah jatuh, tapi itulah yang kita perlu lakukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..sangat sukar..tapi kena lawan..sekuat-kuatnya..semangat.

      Padam
  2. betul tu. tiada yang mustahil bagi DIA

    BalasPadam
  3. Salam suka baca entry kak PC ada saja input. dan maaf kak PC jarang sangat singgah blog akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam Yana..terima kasih..yang baik ambil la ya.Tak apa Yana...faham..

      Padam
  4. Segalanya mungkin padaNYA kan Busyra.

    BalasPadam
  5. MasyaAllah.. Sedap nukilannya.. Tenang meresap di jiwa..

    BalasPadam
  6. Semoga kita sama2 tabah & sabar menghadapi segalanya.. Jangan mudah putus asa..

    BalasPadam
  7. SubhanaAllah..terima kasih LadyBird..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama