Sesaat Sebelum Sedetik Sesudah

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

SESAAT SEBELUM SEDETIK SESUDAH..

Sesaat Sebelum Sedetik Sesudah
Google Image

Sesiapa pun kalau ditanya pasti tiada jawapannya.Biar jadual dan perancangannya sudah siap sedia berhari lalu.Tersusun rapi bertarikh bermasa berlokasi.Namun penyudahnya tidak mampu untuk ditelah.Perancangan manusia namanya.Usahakan.Doa moga penyudahnya baik-baik sahaja.

Macam-macam boleh berlaku.Tadi ketawa.Sekarang menangis.Sekerdipan mata.Selalu luar jangka kerana tidak semua boleh dikira-kira..tidak juga kebetulan cuma semuanya hakikat suratan daripada DIA.Hendak atau sebaliknya kita hamba belajar untuk merela.

Untuk dikenang.Semua yang berlalu untuk kita kenang.Bukan sekadar kenangan kosong tapi kenangan mewah berisi.Biarpun sesaat sebelum ianya berlalu..walaupun sedetik ianya berlaku..tetap ada nilai yang perlu diambil tahu.Moga yang baik itu terus berlaku..yang pahit itu tiada lagi bertamu.

Kita boleh menjangka namun kita boleh memutuskan ketepatan pada penyudahnya..biar hujungnya mungkin ada yang bakal berubah..berubah mengikut seperti yang yang telah DIA tetapkan pada kita hamba..💗Perdu Cinta💗
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Semoga Allah sentiasa memberkati setiap saat dan detik kehidupan kita semua... aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama