Pantas Berlari...Melompat Tinggi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

PANTAS BERLARI..MELOMPAT TINGGI || Sekarang,pandangan kasar..yang pertama itu bila dia mendahului yang lain..yang paling pantas bila berlari menyentuh di garisan akhir...yang paling tinggi lompatannya tanpa menjatuhkan palang penghalang.Ya,itulah juara..dialah idola.Begitu juga pada arena yang lainnya.

Juara tentunya juara..jangan hairan andai  yang kurang bergemerlapan juga mampu menjadi juara.Juara tidak selalunya diingat dan sentiasanya di atas.Si kecundang tidak juga selamanya terbiar hambar.Untuk menjadi juara ianya perlu dan boleh diusahakan.Dalam usaha menjadi sang juara di mata dunia,jangan lupa untuk menjadi juara di penglihatan PENCIPTA..💗Perdu Cinta💗


Satu per satu.Seribu langkah bermula daripada langkah yang pertama.Setiap pengakhiran bermula dari titik permulaan.Ya,ber"kronologi"..ada tertibnya..ada santunnya.Sebab itulah adanya hukum..ada adat yang manis diturut asal tidak melangkau hukum.

Jangan ditinggalkan,tidak usah terlalu dituruti.Dulu dan kini wajarlah punya beza.Zaman semakin berubah,sudah tidak ditakok lama..kian dibaluti pesatnya teknologi.Kalau dilihat,kanak-kanak zaman dulu*80an..malahan 90an* sosialnya tradisional..lebih old school kekdahnya..bercomot-comotan dengan peluh dan tanah..main parit..lebam jatuh tergolek main teng-teng..itu nikmat luar biasa.Menikmati zaman kanak-kanak dalam erti kata sebenar.Ya zaman itu.

Tidak zaman ini.Zaman anak-anak kecil yang percakapannya seolah orang dewasa,yang pemikiran dan tingkahnya tidak membayangkan usia..yang kadang bila kita terpaksa menjawab pertanyaan dan kemusykilan mereka dengan rasa yang sangat janggal meluah bicara*berbaur peribadi buat si dewasa tersipu malu sendiri*.Boleh diklasifikasikan sebagai rasa ingin tahu yang sangat urban dan hipster😎..Apa yang PC nampak,anak-anak atau kanak-kanak zaman ini mereka baligh sebelum usia dan segelintirnya tidak mumaiyyez biarpun sudah bermisai dan berbulu di muka..😖..kemodenan dan teknologi itu perlu dan bagus..cuma jangan biarkan ianya meragut zaman manis yang mana kita boleh usaha pertahankannya.

Membiarkan teknologi kita ketinggalan...terlalu asyik menerokainya mungkin kita akan kehilangan..sederhana..berpada-pada..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

16 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kanak kanak zaman sekarang ni terpengaruh pada teknologi.kadang kadang tv pula yang tonton dia kerna asik ber ipad (^_^).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...kadang tv pun langsung tak tengok..ada baik manfaatkan dan buruknya kita sama2 tepis :)

      Padam
  2. cantik blog ni .. aril singgah jap ye . done follow :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih aril..insyaAllah nanti kak PC singgah blog aril ya :)

      Padam
  3. Paling sukar adalah menjawab soalan yang belum sesuai ditanya oleh mereka.. Pengamatan mereka lebih mudah meluas berbanding dahulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..kadang soalan luar jangkaan pada yang dewasa tu ya pening...lebih risau anak2 atau adik2 tanya orang lain..

      Padam
  4. Itulah gunanya akal PC
    Kalau ikut lagha tanpa sekatan yg baik pun buruklah jadinya
    Tak salah mengejar teknologi tapi kena ambil yg baiknya bukan dibuat utk jadi keburukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...yang penting ada pengawasan dan kawalan..bukan sahaja untuk anak2 malahan untuk yang dewasa juga...

      Padam
  5. MASA AMAT PANTAS N KEA SELESAIKANYA DGN PANTAS SBLUM DITIGGALKLANNYA.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. setiap dekad ada perubahan zaman.. kadang2x rasa takut tak dapat catch up dengan situasi terkini.. huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...kepantasan dan kelalaian...moga dapat diasingkan sebaiknya..ameen.

      Padam
  8. saya setuju kak. zaman sentiasa berubah, makin kearah permodenan. Budak-budak dekat sekolah pun dah pandai tanya soalan pelik-pelik sekarang. Kalau dulu-dulu nak tanya cikgu pun rasa takut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak-anak sekarang sangat advance Cikgu Syed..dulu akak dengar derap kasut cikgu pun takut walau pun cikgu tu baik...tak garang...tapi sekarang lain..akk bukan guru tapi rakan2 kak PC selalu pening dengan anak-anak murid dia..

      Padam
  9. Anak-anak sekarang mudah terdedah dgn pelbagai info baik dan buruk yg boleh mempengaruhi kehidupan mereka. Buat mereka cepat dewasa walaupun belum matang. Mmg jadi tanggungjawab berat bagi org dewasa spt kita semua ni mengawal kan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama