Cuba Gantikan Kemudian Amalkan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


CUBA GANTIKAN KEMUDIAN AMALKAN || Perbetulkan yang lama,amalkan yang betul..bukan mudah nak biasakan diri pada perkara baru..sungguh bukan mudah ya..perlu ambil masa mungkin singkat atau tidak mustahil mungkin bertahun juga..berasa janggal atau kekok itu pasti..tetapi kalau dihati sudah disemai niat yang lurus..insyaAllah akal dan jasad akan menurut..Allah sentiasa ada membantu..lembutkan hati..

Lebih mudah untuk kita mencorak di atas sehelai kain putih yang kosong dan bersih..berbanding menghias pada sehelai kain yang telah tersedia dengan lukisan dan warnanya..



INILAH YANG SERING SINGGAH DIBIBIR.

ALAMAK..cuba gantikan dengan Allahuakbar..lebih bermakna dan memujiNYA juga..lagi berpahala kan..mudah bukan..

cuba-gantikan-kemudian-amalkan
Google image 

NASIB BAIK..bila terlepas daripada satu satu situasi yang tidak diingini..ya 'nasib baik' inilah sering disebut..lepas ini ubah kepada Alhamdulillah..tanda syukur kita kerana Allah lindungi kita..puji Allah.

WOW.Rasa kagum?..bagus..selain espresi wajah yang nenunjukkan kekaguman itu,kita mesti akan sebut wow..tidak pun peeerghhh..kagum sangat la maksudnya tu..kalau kita kagum dengan manusia atau hasil kerjanya jangan lupa siapa yang mencipta diri manusia itu..oleh itu ubah ke SubhanaAllah.

Berhati-hati...
Pelihara setiap perkataan yang baik-baik dan suci..pastikan sewaktu kita hendak menyebutnya di bibir  itu berada ditempat yang bersesuaian..namun istimewanya..seandainya kita menyebut di dalam hati...ianya baik-baik sahaja...di mana pun..


Pilih mana yang terbaik itu perlu..menggandingkan apa yang telah terbiasa itu dengan yang terbaik itu tidak salah..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul jugak tu, kadang perkataan yang kita gunakan tak dpt pahala pun

    BalasPadam
  2. info yang baik :D betul, setiap kata2 akan mencetuskan pada kehidupan kita seharian. sebaiknya guna pkataan seperti penerangan diatas supaya hidup lebih dirahmati :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama