بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
KERANA || Selamat berhujung minggu semua..dan selamat bertugas juga ya.Yang mana keluar bawa keluarga tu hati-hati terutama beri perhatian lebih kepada anak-anak kecil.
KERANA..
MUSIBAH ada di mana-mana..kita tidak boleh menjangka pun..kalau tidak berlaku pada kita,mungkin berlaku kepada ahli keluarga kita..atau mungkin orang lain boleh melaluinya..sana-sama doa yang baik-baik..bantulah pada tempat dan pada situasi sewajarnya.
TERLUPA itu dah macam kawan baik PC..mungkin setiap kita ada tabiat lupa ini..sama ada serius atau tidak sahaja masalah lupa ini..kalau dah kata 'ter' tu sah-sah la tidak sengaja..justeru bertolak ansurlah..jalan terbaik pesan pada orang yang paling hampir untuk selalu mengingatkan..tak pun set reminder awal-awal.
Terlupa pada perkara-perkara kecil itu agak ringan.Ambil serius jika mula terlupa pada hal-hal besar yang berat..sila selidik..benar-benar terlupa atau buat-buat lupa..lainkan..kan..kan..
HARTA itu ujian.Tidak semestinya wang berjuta,kereta berjenama..setiap inci yang ada pada tubuh kita juga adalah harta.Dekat bukan..tapi sering dilupakan..kerana harta yang rapat menjadi renggang,yang sahabat bertukar musuh..benarlah kesenangan juga dugaan.
BERSEBAB.Tanpa sebab kita tidak belajar.Malahan mungkin tidak ambil tahu pun..Lantaran itu pandang setiap asbab itu sebagai teguran.
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
♡ Ramadhan kian mendekat
Tags:
Santai
Waalaikumsalam PC. Selamat berhujung minggu (kalau bercuti). Semoga kita di bawah redha Allah dan di beri perlindungan di mana jua kita berada. InsyaAllah.
BalasPadamHarta yang sangat bernilai pada diri kita ialah nikmat kesihatan dan iman.
BalasPadamJaga dan suburkanlah harta kita itu.
Assalamualaikum,
BalasPadamMoga sihat kak.
Bab terlupa tu, betullatu.
Bertolak ansurlah.
Semua pernah rasanya kalau 'ter'.
hehe
Moga Allah kasih.