Puasakan Segenapnya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


PUASAKAN SEGENAPNYA || Apa yang dinanti semakin mendekat.SubhanaAllah..alhamdulillah.Syukur,semangat untuk berpuasa,menemui bulan Ramadhan kian meninggi.Semua dengan izinNYA.Kita masih dihidupkan,masih juga diberi ruang dan peluang untuk melaksanakan rukun Islam ketiga ini..insyaAllah ameen.

Berpuasa itu bukan sekadar tidak makan dan tidak minum.Ada anggapan yang perlu dijernihkan..

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda 
Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)(SUMBER)

MULUT (LIDAH).Makan dan minum dengan memasukkan makanan atau minuman ke dalam mulut itu sangat nyata.Ooooo makan dan minum ya..haaa batal puasa.Maka heboh nanti dia tidak puasa begitu begini.Namun yang sering dipandang dan diambil mudah adalah apabila makan tetapi tidak kelihatan.Memakan daging saudaranya sendiri.Mengata memang syok..akibatnya pun syok..ada pula yang kata mana ada mengata guna mulut (lidah)..kan wahatsapp dan seangkatan dengannya..taip je..guna jari..ingat..setiap apa yang jari jemari taip itu dipandu dan dikarang oleh hati..bicaranya manusia ada dua,kalau tidak terus dari mulut (lidah)..mungkin dihatinya asyik kencang berbicara.
PANDANGAN.Bersyukur Allah kurniakan kita mata untuk melihat.Hargai dan jaga sebaik-baiknya sentiasa.Menjaga itu bukan sahaja melindungi mata daripada sebarang bahaya atau kecederaan,malahan lebih daripada itu.Terpandang itu tidak mengapa kerana tidak sengaja.Tapi jangan daripada awalnya tidak sengaja diulang berkali-kali dek kerana rasa tertarik..meminta garfu itu namanya.
HATI.Cantik hati,molek segenap anggota.InsyaAllah.Selain akal,hati juga nadi setiap patah bicara,tempat mengarang,menjadi tempat tapisan juga..istighfar,zikir..semua dihati..akal memberi arahan..hati itu di dalam,tetapi itulah yang sangat mesti dijaga.Tidak terdengar bisikkannya dicuping telinga orang lain tetapi sentiasa jelas dipendengaran Allah SWT.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan semakin hampir

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. selamat menyambut bulan ramadhan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) selamat menyambut bulan Ramadhan kembali ya..

      Padam
  2. Selamat berpuasa kak PC.. Moga kita mendapat keberkatan dariNYA..

    BalasPadam
  3. Puasa bukan sekadar menahan lapar dahaga. Ianya mendorong kita melakukan byk kebaikan dan hindar segala perkara yg boleh membatalkan dan mengurangkan pahala puasa.

    Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak PC. Semoga sentiasa sihat utk sama2 mengumpul pahala sebanyak mungkin. InsyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) betul Sis...kita sama2 masuk madrasah yang sangat istimewa..bulan paaaaaling istimewa untuk kita..moga wangiannya terpalit pada hati dan jasad kita..moga dengan menghidupkan ramadhan kita hidup dengan cahaya keberkatan juga.

      Padam
  4. Insya Allah. Puasa bukan Di perut saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) ameen...betul..PC pun sentiasa belajar ingatkan diri begitu.

      Padam
  5. Less than two days before Ramadan. Excited nya. Ramadan Mubarak, dear.

    BalasPadam
  6. in shaa Allah :)
    tq PC for reminding.

    BalasPadam
  7. Puasa melatih kita untuk sabar, melatih diri utk cekal tawaduk dan sentiasa tunduk atas kebesaranNya... subhanallah walhamdulillah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama