Hadiah..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

HADIAH..

Syurga itu dibayangkan indah
Melebihi segala indah di dunia
Syawal itu hadiah indah
Dirai ummat yang taat berpuasa

Lebihkan waktu di atas sejadah
Pohon sahaja apa mahunya
Nikmat sabar itu indah
Syaratnya redha dengan ujianNya

Letih tubuh rehat beriadah
Riadah dunia nikmat seketika 
Terus istiqhomah dalam beribadah
Pasti ganjaran indah menanti di sana

Buah delima cantik merkah
Makan beramai-ramai di atas beranda
Hindar diri dari amarah
Pasti diri dipandang mulia

Hari Selasa sudah
Hari ini juadahnya apa
Teruskan amalan mudah
Hadiahnya tetap ada

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Wkmsalam.
    Mudah2an kita dapat melipatgandakan amalan kita di bulan yang mulia ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen...ameen..begitulah harapan dan doanya Pakcik WP :)

      Padam
  2. Subhanallah.. tanpa disedari dah 18 Ramadan hari ini. Pantas sungguh masa berlalu.. Allahuakbar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...terasa cepat waktu berlalu...diam tak diam dah masuk fasa kedua :)

      Padam
  3. RAMADAN KE 18 MOGA KITA ISTIQAMAH BERIBADAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..ameen Kak PI...hujung hujung ni besar dugaannya :)

      Padam
  4. W'salam PC,
    Allahuakhbar.. Rasa banyak sangat masa terbuang dengan kesibukkan dunia.. Sedih sangat.. Moga akan terus beristiqomah dalam meningkatkan amalan, Amin.

    BalasPadam
  5. Sekejap aje kan dah lebih separuh Ramadhan.
    Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama