Kembali Juga Nanti

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


KEMBALI JUGA NANTI || Pada babak pertemuan pasti ada  kisahnya perpisahan.Sementara atau selamanya.Pada setiap perpisahan pula terlakar pelbagai kenangan.Banyak bentuk.Pelbagai warnanya.Sedih Ramadhan berlalu pergi terubat lantaran Syawal datang mengganti.Hadiah untuk ummat yang mentaati.Melunas rukun arahan Ilahi.Setiap bulan-bulan itu juga bergilir berbakti sebagai perkiraan ummat insani menyusun dan beraktiviti.Hari ini 24 Julai 2017 bersamaan 30 Syawal 1438H ,hari terakhir untuk Syawal dirai.InsyaAllah akan Syawal kembali cuma kita masih di sini atau bagaimana nanti.

Anak dara manis berkebaya 
Berkebaya labuh dihiasi labuci
Diam tidak diam hari ini akhir raya
IzinNYA kitakan meraikannya lagi

Berkilat rotan bila divarnis
Atok yang mengilat nenek pula yang megah
Pasti banyak kenangan manis
Jadikan azimat bertautnya ukhwah

Balang kuih sudah bercuci
Disimpan kembali ke tempat asalnya
Segala silap harap telah dimaafi
Maka tenanglah rasa minda dan jiwa

PERTEMUAN YANG PALING PASTI.Sedia maklum.Tidak tahu kemudian ambil tahu,atau tahu buat-buat tidak tahu.Ya mati itu pasti.Cuma diluar jangkaan kita adalah bila dan bagaimana cara kematian itu..yang paling didambakan adalah husnulkhatimah.Sesiapa pun inginnya sebegitu disaat kematian kerana "Kehidupan setelah kematian" itu PALING digeruni.Moga manfaat Ramadhan dan Syawal serta bulan-bulan yang lain menyumbang dana kebaikkan untuk menjadi bekalan bagi menjalani kehidupan abadi di sana kelak.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

27 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kehidupan selepas kematian....
    Tu yang kena prepare dr sekarang....

    BalasPadam
  2. In Shaa Allah. sama-sama kita doakan kesejahteraan kita di dunia dan akhirat. :)

    BalasPadam
  3. InsyaaAllah,,,, terima kasih... sama-sama kita menjaga amalan kita...

    BalasPadam
  4. MOGA PERPISAHAN MENJANJIKAN PERTEMUAN...

    BalasPadam
  5. InsyaAllah..moga bertemu lgi di Ramadhan dan Syawal mendatang ya PC.. pertemuan dan perpisahan sdh menjadi lumrah... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin kak....harap begitulah..moga ada rezeki bertemu ramadhan dan syawal lagi...

      Padam
  6. Pertemuan dan perpisahan adat kehidupan.
    Umpama roda yang berputar.

    BalasPadam
  7. Insyaallah jika berjodoh pasti bertemu

    BalasPadam
  8. Pertemuan dan perpisahan.. suatu realiti kehidupan. semoga hidup kita e semua bahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah. Aamin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah amin...akhirat selamanya kekal abadi.

      Padam
  9. Amalan ramadhan kena di teruskan sebagai bekalan. Semoga di terimaNya InsyaAllah.

    BalasPadam
  10. lama tak simggah..

    hampir tak cam dah..

    rupa-rupa betullah blog Perdu Cinta

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..syukur apa adanya..terima kasih singgah ya.

      Padam
  11. kadang2 kita mmg buat2 tak tahu...dan lupa yang di sana tempat sebenar kita.

    Kalau free, jom join chocolate giveaway segment di https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat-buat tak tahu itu haru biru...bahaya..
      InsyaAllah..terima kasih atas pelawaan..

      Padam
  12. InsyaAllah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal... Amin...

    BalasPadam
  13. InshaAllah kita semua akn dipertemukan semula.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama