بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
WARNA WARNI || 10 SYAWAL 1438H.Alhamdulillah syukur atas setiap limpahan nikmat.Kepada yang masih bercuti,selamat bercuti.Atau yang baru mula bercuti,selamat pulang ke kampung.Apa pun situasinya,sentiasa sabar dan berhati-hati.
LEBIH MENJAGA.Sebut berhati-hati bukan sekadar ketika memandu(keselamatan).Malahan lebih juga menjaga ketika berkata-kata..sembang memang seronok tapi jangan sampai terlajak.Lama tak jumpa amboi dijamaknya cerita..tidak salah pun,asal berpada-pada.Dalam bab makanan juga wajar diambil perhatian.
DIMATA DAN DIHATI.Mata yang melihat warna warni warna mahunya tidak girang hati kan...kan..boleh jadi terapi..tenang..damai..warna yang kita lihat itu untuk layanan mata..namun warna dihati itu jangan dibiar dan terbiar.Boleh menjadi ia gundah..tidak mustahil ia menjadi cantik dan indah.
SYAWAL INI....1438H..2017
Hari ke-21 atok meninggalkan kami kembali menemui Pencipta.Sampai saatnya rela atau tidak..janji waktu tidak terhenti.tetap pergi..tetap memenuhi fitrah hidup itu pasti hujungnya mati.Moga indah saja singahsana di sana.
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
Salam Syawal PC... sekejapan sahaja sudah 10 Syawal hari ini. Entah kita akan bertemu atau tidak Ramadan dan Syawal akan datang, hanya Allah juga Yang Maha Mengetahui... :)
BalasPadamSalam Syawal untuk akak juga..bila melihat insan-insan yang paling hampir pergi menghadap Ilahi..terdetik pada hati..bagaimana akhirnya PC nanti..subhanAllah..
PadamKak PC miss youuuu...!! Selamat hari raya kak PC... Maaf zahir dan batin.. hehehe
BalasPadamMiss you tu Lea..salam aidilfitri kembali Lea sekeluarga...kikikiki..
PadamInnalillahiwainnahirojiun... smg atuk PC berada bersama hambaNya yang bertaqwa... Salam syawal juga PC....
BalasPadambab menjaga makan di hari raya, memang fail lagi, tak leh nak tahan lagi nafsu ni... yg lain leh control bila bab makan balk kg lak hancus juga...
kena puasa sunat la gamaknya....
Aminn...salam syawal kembali untuk akak juga ya..
PadamBetul la kak...PC sendiri kecundang..lagi balik kampung...baba mama...mertua...selagi tak nampak anak dan mntu makan...selagi tulah asyik suruh makan je...huhuhu...bertabahlah...berat badan jangan cakap kak...nangis.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga atok PC di tempatkan bersama orang2 yg beriman. Amin.
BalasPadamSelamat hari raya PC :)
Selamat hari raya Sis...
PadamAminnn...harapnya baik-baik sahaja atok di sana..
selamat hari raya PC..walau luaran warna-warni, cuba memastikan hati kekal putih. ;) Semoga sentiasa dalam lindungan Allah
BalasPadamSelamat hari raya Sal..betul tu...yang dihati tu kena jaga molek molek..
PadamSalam Aidilfitri, maaf zahir batin ye PC..
BalasPadamSalam Aidilfitri kembali SA..
PadamAl-Fatihah buat atuk PC.
BalasPadamPerginya di bulan mulia.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Selamat hari raya, maaf zahir batin.
Amin...amin...amin...begitulah harapnya Pakcik WP..
PadamSalam Aidilfitri juga.
Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan menempatkan rohnya dikalangan org2 yg beriman... aamiin. Al Fatihah.
BalasPadamSalam Aidilfitri PC, maaf zahir dan batin.
Amin...aminn..amin...itulah doa kami ahli keluarga..
PadamSalam lebaran juga ya Bro KK..
Innalillahhiwainnailaihirojiun...
BalasPadamTakziah diucapkan buat PC serta seluruh ahli keluarga.
Selamt hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.
Terima kasih Mrs ...
PadamSalam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kembali ya..