Cabaran Sentiasa Ada..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


CABARAN SENTIASA ADA || Saat terasa berat menanggung beban yang datang,rendahkan hati..dan rapatkan dahi pada tikar solat.Solatlah kerana itu sebaik-baik terapi..kemudian muhasabah diri..cabaran sentiasa ada..untuk semua..bahkan Rasulullah SAW sendiri pun Allah uji..

MENITI USIA.Bayi,kanak-kanak pun ada cabaran,cuma mungkin cabaran mereka ini lebih kepada ibu bapa yang mengurus segala keperluan mereka.Berbanding yang remaja,dewasa..pun ada juga cabarannya tetapi mahu tidak mahu berusaha menyelesaikannya sendiri.Kecuali dalam hal-hal tertentu.Memerlukan bantuan itu lumrah..lebih-lebih lagi bantuan dariNya.Sentiasa diharapkan.

RUMAHTANGGA.Sakinnah,mawadah,warahmah..impian setiap pasangan yang mendirikan bahtera rumahtangga.Tanyalah sesiapa pun,berkahwin pasti mahukan kebahagiaan dunia hingga akhirat.Hingga syurga.Kalau tanya ... pasangan itu jawab kahwih kerana nak berpisah,bercerai berai ... pasti ada yang tidak kena.Ya ... talak itu halal tapi dibenci Tuhan.Ya ... poligami itu dibenarkan namun tertakluk pada syarat-syaratnya,,bukan suka-suka.Dalam rumahtangga cabaran sentiasa ada.Adakala perlu mengalah..ada masa buat-buat kalah ... macam-macam rencah dan rasa.

PEKERJAAN.Persekitaran di tempat kerja itu bagaimana keadaannya di lihat bagaimana perjalanan pentadbiran dan pengurusannya.Lengkap serba serbi,mewah sana sini,cantik luar dalam itu bonus di tempat kerja.Bagi PC di mana pun kita bekerja walau sederhana tempatnya kalau pentadbirannya "success" ... itulah nikmat mencari rezeki.Tidak dinafi,cabaran sentiasa ada,bukan mudah untuk menyatukan hati..merapatkan saf sesama pekerja ... namun kalau pihak atasan atau majikan dan pekerjanya sentiasa menjaga ukhuwah ... semuanya insyaAllah berjalan lancar.

MASYARAKAT.Bermasyarakat tanpa had boleh berlaku masalah sosial.Tidak bermasyarakat ... diibaratkan "kera sumbang" ... mana yang dipilih,cabaran sentiasa ada.Ada masa cukup kita melihat dan menghindar.Ada waktu kita senyap tapi bertindak.Ada ketika kita mesti berbicara dan bertindak.Ikutlah kesesuaian ketika itu.Asal dengan cara yang betul,insyaAllah boleh diterima apa pun cara yang diguna.Pandai-pandailah bawa diri ketika bermasyarakat jangan sampai menjadi mangsa dan pemangsa.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

13 comments:

  1. CABARAN TERUSKAN KEHIDUPAN MMG BNYAK KENA REDA KUAT SEMANGAT

    ReplyDelete
  2. Ada jenis orang, jiran adalah musuh, maka banyak terjadi musuh-musuh tinggal dalam satu tempat, jadi tiada erti bermasyarakat... setuju dengan sis... cabaran dan dugaan, seiring peningkatan usia kena hadapi setiap halangan yang ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar jarang bertemu,sesekali bertemu mesra..begitulah jiran sebolehnya.. :)

      Delete
  3. Betul tu PC. Saat di timpa ujian kena selalu ingat dan bermuhasabah diri. Tp jgn terus lupa Dia bila dah senang.

    InsyaAllah semoga rumah tangga kita sentiasa di bawah redha Illahi dan diperkenankan sampai ke syurga hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sis...susah senang...kena sentiasa ingat DIA..dalam apa pun situasinya..

      Amin...moga Allah sentiasa merahmati setiap rumahtangga yang dibina.. :)

      Delete
  4. terima ksh PC... kerja membataskan akak bermasyarakat bt masa ni. tapi Allhamdulillah Allah atur cara lain... kdg kala segan juga tak kenal jiran2 walaupun satu lorong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kak.Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kak..Allah tak izin pasti bersebab..

      Delete
  5. Cabaran dan dugaan. Dua perkara kita kena hadapi sepanjang kita hidup. GV doakan semoga kita semua sentiasa tabah, kuat, sabar dan redha dalam menghadapi pelbagai dugaan atau cabaran samada kecil atau besar. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...amin...amin...amin...insyaAllah...begitu juga kak PC.Moga Allah sentiasa lindungi kita.Jaga kita dengan kasih sayangNya... :)

      Delete
  6. yup. cabaran sentiasa ada. hatta untuk membesarkan seorang bayi, cabaran itu tetap ada setiap peringkat tumbesarannya.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.