Header Ads

Setiap Hari Itu Proses ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SETIAP HARI ITU PROSES ... || Diam tak diam,dah Jumaat ketiga di bulan Ogos.Alhamdulillah atas limpahan nikmat.Terima kasih Tuhan.25 Zulkaedah 1438H.Setiap hari bumi dibasahi hujan.Bumi dan langit sedang saling berbicara.Hujan yang menghubungkan kedu-duanya.Nikmat untuk semua kecapi.

Salam Jumaat.Salam penuh kemuliaan dan keberkatan hendaknya.

Semalam itu semalam.Bawa kisahnya mana yang boleh disambung hari ini untuk di selesaikan.Keterbatasan itu ada pada kita.Ada pada PC.Kalau dirasa-rasa tidak berdaya untuk melunas satu-satu hal dalam satu masa .. bawalah ke hadapan ... itu bukan bermakna bertangguh atau jauh sekali tidak bersungguh.

Kenapa kita tidak boleh mudah untuk membuat kesimpulan..kerana manusia itu hatinya dijaga Tuhan.Hari ini begini dan mungkin esok begitu.Mungkin akan datang tidak terbayang di benak kita pun sebegitu jadinya.Setiap hari itu proses.Berilah peluang pada diri sendiri dan orang lain untuk perbaiki diri.Sokong dan dorong.

Jagalah hubungan kita dengan Allah ... jaga juga hubungan kita sesama manusia ...

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
logoblog

11 ulasan:

  1. Betul... Setuju... Jangan dipaksa diri kalau tak mampu nak settle kan sesuatu keje dalam masa sehari... Nanti diri sendiri merana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila tertekan akan timbul masalah yang lain pula..

      Padam
  2. Habluminallah habluminannas InsyaAllah bahagian dan harmoni hidup kita. Salam Jumaat PC. Semoga kita semua beroleh keberkatan di hari penuh barokah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin...salam Jumaat untuk Sis juga...betul..jaga semua insyaAllah semua akan menjadi baik-baik sahaja.

      Padam
  3. SALAM JUMAAT PC LAKUKAN AMALAN SEKADAR KEMAMPUAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam jumaat untuk kak PI juga...betul kak..yang penting istiqhomah kan kak...amin.

      Padam
  4. Setuju dengan kata-kata sis... jangan cepat buat kesimpulan... hari ni mungkin A, esok mungkin salah perkiraan kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..kerana hati kita milik DIA.DIA yang jaga..boleh diubah bila2 masa.

      Padam
  5. Mama setuju.. Jaga dulu hubungan dengan Allah Insya Allah hubungan dengan nanusia pun Akan jd ok

    BalasPadam
  6. Setuju sgt dgn entri ni.. ada kisah manusia yg menjaga hubungannya dgn Allah tapi terhalang masuk syurga disebabkan tidak menjaga hubungannya sesama manusia.. wallahualam.

    BalasPadam
  7. betul sangat tu PC setiap hari adalah proses untuk kita untuk memperbaiki diri

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..