Eh! Di Sana Senyum Ke Sini Masam .. Aduh!?!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡


EH! DI SANA SENYUM KE INI MASAM .. ADUH!?! || Bila keluar ke tempat awam,pastilah skop pandangan atau had pemandangan kita jauh lebih luas..tidak kira di tempat atau kawasan sendiri atau ke tampat atau juga mungkin ke negara orang,pasti berganda luasnya pandangan dan pengalaman😊.Melihat telatah pelbagai peringkat usia berlainan individu itu ilmu.Ada yang boleh dipandang tapi jangan dicontohi.Tidak kurang yang baik-baik boleh kita praktikkan.Diri kita sendiri pun tunjuk perilaku yang baik kerana diri sendiri pun sedang dinilai *ikhlas ya,bukan untuk tontonan dan tayangan semata-mata ok😉*

Eh! Di Sana Senyum Ke Sini Masam .. Aduh!?!
Google image 

Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali-kali
Berbuat baiklah dengan semua
Bukan mengikut siapa yang disukai

LAWAN RASA.Sesuatu yang normal ada rasa pilih kasih.Benci.Marah.Tak ngam.Kerana rasa-rasa itu biar negatif,ada masa luar kawalan kita.Namun walau sukar ianya mesti dibendung supaya tidak menjadikan kita seorang yang menzalimi orang lain.Zalim dan kejam itu bukan dinilai dengan mencederakan pada fizikal sahaja .. menyakiti dan memberi tekanan secara emosi serta menta juga satu tindakkan yang zalim dan kejam.

BERTINDAK WAJAR WARAS.Tengok cerekarama pun boleh nangis.Belum lagi tengok drama Korea.Silap-silap sebabak dua adegan mencelah dalam mimpi.Tidak kurang kisah terlebih emosi layan hindustan dengan cerita tamil..bertangkup kelopak mata nangis*ambil mood sedih tu bawa ketika sujud dan berdoa*.Begitulah kita,atau mungkin PC sahaja begitu terbawa-bawa dan terbuai dengan emosi.Apa yang lebih penting saat menjadi orang tengah di antara dua pihak..bertindak wajar waras.Dengar semua cerita.Cari solusi.Menjadi jujur sejujur-jujurnya dalam menyimpah segala butir bicara.

MEMANDANG KETIKA KESULITAN.Jangan kita mencari,mempergunakan orang yang tidak kita peduli itu hanya semasa kita berada dalam kesulitan."Di saat kau malas mahu berbuat baik,dengan ekor mata pun tidak kau lihat dia.Dikala kau perlu,diketika itu kau berbaik dengan dia untuk diperguna".. berbuat baiklah kerana DIA PENCIPTA.Kikislah sikap kita-kita.Siapa tahu saat kita telah terbujur kaku .. dulu dia yang kita tidak hargainya menjadi yang pertama mengurus jenazah kita sedari awal hingga akhir dengan semulia-mulianya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

10 comments:

  1. senyum adalah ibadah
    masam ke arah setan

    ReplyDelete
  2. Salam singgah hujung minggu dari bunda.

    ReplyDelete
  3. salam...sometimes kita perlu menangis untuk kelegaan....hehehehe

    ReplyDelete
  4. Menangis - hanya kita dan Allah yang mengerti apa sebenarnya yang sedang bermain di hati.

    Drama Korea yang pernah kakcik ikuti dulu - Coffee Prince. Khabarnya kini 'di Melayukan', tapi tidak pula rasa teruja hendak menontonya...

    ReplyDelete
  5. mesti adil menilai perasaan n menzahirkannya

    ReplyDelete
  6. InshaALLAH kak..sama2 kita perbaiki diri kan?

    ReplyDelete
  7. senyum atau masam biarlah bertempat. masam di tempat awam untuk mengelak ditegur ajen kad kredit.haha

    ReplyDelete
  8. Wkmsalam.
    Senyum itu satu sedekah.
    Senyum juga jadi penghias air muka kita.
    Ada orang kata senyum jadi penawar awet muda.
    So senyumlah.

    ReplyDelete
  9. Alangkah bagusnya kalau mama dpt nangis masa mengadap tuhan Sama masa tgk cerita sedih huhuuu

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.