Kenapa Ya ..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


KENAPA YA .. || Hidup sentiasa penuh persoalan.Bila banyak persoalan maka banyak juga usaha untuk mendapatkan jawapannya.Bagaimana caranya itu atas tindakkan masing-masing tetapi dengan izinNYA juga.Puas hati pun masih bersoalan,apatah lagi tidak berpuas hati,bertalu-talulah persoalan demi persoalan.

Kenapa ya ..

Kenapa Ya
Google image 

SABAR ITU BANYAK CABARANNYA.Perkara baik besertanya adalah dugaan.Bukan bererti lebih baik tidak berbuat kebaikkan sebaliknya dugaan itu ujian sekadar mana kental jiwa untuk istiqhomah pada jalan kerana Allah SWT yang ESA.Sabar itu unlimited.Marah itu bukan kemuncak had kesabaran tetapi jiwa dan minda yang sebenarnya sudah kelelahan untuk bertahan.

Kepahitan sabar itu akan hilang saat terlerai apa yang membelenggu.Terlepas apa yang terbuku.Terungkap setiap teka teki.Berakhir penantian.Terjawab setiap keraguan.Sehingga semuanya menemui titik penamat .. ya bersabarlah.


MARAH ITU BUKAN KEPUASAN.Adakah melempiaskan kemarahan itu satu kepuasan.Satu kenikmatan.Tenangkah.Atau sebenarnya kita menyemai benih permusuhan.Mengukir luka yang seterusnya meninggalkan parut dalam.Kenapa ya hari ini kita marah,ianya seolah tiada noktah.Ingin marah lagi .. lagi dan lagi .. kerana tenangnya terhapus dek bara membara.

Iblis tetap taat pada Allah SWT.Jangan kita pula biarkan jiwa tertakluk oleh iblis yang telah ampuh dengan sumpah mahu membinasa.Hati-hati wahai manusia.

SEDEKAH MENJADI PELABURAN LUAR BIASA.Sedekah itu mentarbiah jiwa menjadi lebih tunduk dan belas ihsan.Berkongsi dan yakin apa yang dimiliki tidak semuanya hak sendiri.Walau sedikit di dalamnya ada milik makhluk Allah SWT yang lain.Mengapa PC kata makhluk lain adalah kerana ianya tidak khusus untuk sesama insan sahaja.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Setuju tu PC, sedekah merendahkan lagi sifat ego dalam diri manusia...

    BalasPadam
  2. Kemanisan sabar itu hanya dpt di rasai bila kita betul2 mampu kawal nafsu amarah kita.

    Teringat ceramah Ustaz Abdullah Khairi, kata beliau kalau kita tak mampu nak beribadah dan solat byk, cubalah utk bersedekah seperti amalan Saidina Uthman. Mudah-mudahan mendapat ganjaran yg melayakkan kita utk masuk ke syurgaNya.

    BalasPadam
  3. Sabar dalam erti kata lain adalah percaya dengan ketentuan Allah. Kalau kita dah berusaha tapi masih tak dapat apa yang kita nak, mesti ada hikmah di sebaliknya dan ketika itu sabar mesti ada dalam diri agar kita tidak tersesat.

    BalasPadam
  4. Sabar itu senang disebut, adakala sukar dilakukan tapi sentiasa memberikan faedah yg besar. Semoga kita semua sentiasa tergolong dikalangan org2 yg sabar... aamiin.

    BalasPadam
  5. Betul tu.. Marah bukanlah sebab had kesabaran dah terkena tapi sebab dah penat bertahan.. Lelah.. Namun sedaya mungkin cuba untuk bertahan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama