Header Ads

Pegang Tali Kuat-kuat .. Bergabung .. Meletop!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


PEGANG TALI KUAT-KUAT .. BERGABUNG .. MELETOP!💥|| Teringat pula duet Adam AF dengan Stacy AF lagu Menggegar Dunia .. ada lirik Adam .. Stacy bergabung meletop ahh.. itu sekadar lirik lagu yang hanya untuk hiburan.Lagu itu juga boleh menjadi terapi jiwa lebih-lebih lagi jika senikatanya menjurus kepada Islamik..*bukan maksud PC lagu-lagu luar genre itu tidak bagus ya*.. Setiap kita ada keyakinan dengan tahap masing-masing.Dan kita sebagai umat Islam berpeganglah dengan tali Allah..لا إله إلا الله محمد رسول الله

Pegang Tali Kuat-kuat .. Bergabung .. Meletop!
Google image 

LETUR HATI.Kalau dihitung tiada satu hal pun mampu kita lakukan sendirian tanpa bantuan dan izin dariNYA.Fikir.Hayati.Dasari.In shaa Allah kita akan sedar dan mudah untuk lentur hati.Mudah juga untuk hidupkan rasa kehambaan dijiwa.Terus meminta-minta agar DIA pilihkan apa yang paling terbaik.Usaha kita jika kita gabung dengan doa kemudian ada campurtangan Allah SWT..wah nikmatnya sungguh luar biasa..aminn.

DALAM PERHUBUNGAN.Bissmillah.Niat yang baik pasti Allah SWT bantu walau mungkin mengambil masa yang agak lama dan panjang.Bagaimana? Itu hak DIA untuk menentukannya.Dalam satu ikatan perkahwinan baik suami mahupun isteri mesti sentiasa pegang tali Allah kuat-kuat.Adik-beradik mana yang tidak ada rajuk,berselisihan pendapat,,namun jangan pernah buang muafakat dan teruslah bergabung kerana bila hubungan adik beradik cantik in shaa Allah dalam hubungan persahabatan juga silaturahimnya meletop💥..

Niat cukup kerana Allah ianya mampu mengemudi hati (iman) kita in shaa Allah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


logoblog

15 ulasan:

  1. tali penghubung sebuah perhubungan...jika diikat kemas, bertautlah ia,,andai diikat terlalu kuat, sakit pula
    JanjiKita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berpada-pada dan besederhana jika sesama insan..tapi bersama Tuhan ikatlah sepadu-padunya..

      Padam
  2. Benar, jika tali tidak dipegang erat maka hubungan mudah rebah dan tidak kukuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang merisaukan,justeru mudah abasir luar campurtangan dan ambil alih...

      Padam
  3. BERSILATURAHIM DGN ERAT MMGDITUNTUT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak PI...moga terus erat dan kukuh..aminn..

      Padam
  4. Ye ada tali yang perlu kita pegang supaya tak terlepas bebas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu dijaga sentiasa..dan mesti diperbaiki juga setiap masa..

      Padam
  5. Kalau kuat pegangan tali kita kepada Allah, insyaAllah semua yg di lalui terasa senang. Doa, usaha kemudian tawakal. Mohon yg terbaik. InsyaAllah lambat atau cepat pasti dimakbulkan kerana Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sis...cuma terkadang kita bersangka-sangka denganNYA..astarghfirullahaalaazim..moga perbaiki segenap dalaman moga terus ampuh dengan tali Allah.

      Padam
  6. macam batang lidi juga, if bergabung banyak2 takkan patah.

    BalasPadam
  7. masih terus berusaha menguatkan tali temali cinta pada yang Esa...

    BalasPadam
  8. InsyaaAllah smg sematkan tali persaudaraan umat sekuat-kuatnya, harus didik anak2 sejak kecil ni... nice sharing

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..