Tiada Salahnya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

TIADA SALAHNYA...

Tiada Salahnya
Google image 

Pokok pandan tumbuh melata
Daunnya lebar berbau harum
Berbuat baik tiada salahnya
Moga nama yang ditinggalkan kekal mengharum

Kekal mengharum sebaris nama
Pasti bahagia ibu dan bapa 
Tiada silapnya berasa curiga
Ingatkan diri lebih waspada

Lebih waspada tanda berjaga-jaga 
Biarlah walau tidak disenangi orang
Bahaya itu di mana-mana
Ketika perlu mintalah bantuan orang

Bantuan orang banyak bentuknya
Terima apa adanya dengan redha
Ada rasa mahu berubah tiada salahnya
Itu lebih baik daripada terus menjadi pendosa

Menjadi pendosa bukan penamat segala
Pintu taubat luas terbuka
Selagi jasad masih bernyawa 
Selagi itu cahayanya tetap ada

Terapkan sikap sopan dan ramah
Moga ramai mudah mendampingi
Acuankan hati menjadi pemurah
Sekiranya ada berilah imbuhan tanda menghargai 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. HIDUP INI SALING MEMERLUKAN...BAIK BUDI RAMAI SENANGI

    BalasPadam
  2. Buat jahat berpada-pada
    buat baik jangan sekali.

    BalasPadam
  3. Betul tu. Takde rugi bila kita berbuat baik. Malah kita akan rasa ketenangan jiwa.
    Allah Maha Pengampun. Pintu taubatnya sentiasa terbuka buat hamba2Nya. Tp sedikit sgt hamba2Nya yang bertaubat.

    BalasPadam
  4. Betul.. Kita Salinger give and take. Jgn terlalu winning Terima bantuan org lain

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama