Header Ads

Belum Tentu Ya ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


BELUM TENTU YA .. ~ Kepastian daripada manusia boleh berubah-rubah.Tetapi kepastian daripada Allah SWT suatu kepastian yang tidak siapa pun mampu menggugat.Telus,tulus dan halus dapat dirasai.Sandar padaNYA.Selagi bernyawa namun bukan bermaksud buang hubungan sesama insan dan makhluk lain.In sya Allah lancar semua.Aminn😄


Bersandar pada manusia kadang kecewa menyertai.Bersandar dengan alam mungkin sukar untuk saling mengerti.Bersandar dengan PEMILIK sekalian alam bahagia hakiki menanti.

NIKMAT TIDAK BERPENGHUJUNG.Senyum,ketawa belum tentu tidak menangis.Hidup ini ada putaran dan kitarannya.Ada pasang surut dan jatuh bangunnya.Kenapa? Banyak asbab yang hanya diketahui olehNYA hingga hujung nafas terakhir kita.Bila perut terasa benar-benar lapar .. suapan demi suapan itu beza nikmatnya.Semakin kita menyuap makanan ke mulut semakin kurang ghairahnya kerana makanan yang sudah masuk ke perut itu  sedikit demi sedikit menghakis nafsu untuk kita terus menikmati makanan.

JAMINAN.Setiap nikmat yang Allah SWT  pinjamkan kepada kita sudah cukup yang sangat-sangat terbaik dan sempurna.Manusia itu sendiri yang sering mengubah,merosak dan tidak mensyukurinya*tidak semualah begitu ya*.Tidak salah ingin mencari kesempurnaan mengikut persepsi dan kewarasan akal insan dengan syarat tidak mengurang atau melebihkan sedari azali kecuali ianya diharuskan syarak.


KESIHATAN.KESENANGAN.KEBAHAGIAAN bukan jaminan tetapi dugaan untuk insan.

GALAU TIADA NOKTAH.Meratapi nasib?Ada caranya.Mengadu dengan DIA..bukan sekali dua .. tapi senantiasa tanpa rasa lelah dijiwa.Jangan pernah beranggapan rasa galau yang melanda tidakkan bernoktah kerana saat hujan pun Allah SWT boleh hadirkan sang pelangi indah.Yakin bila Allah berkendak tiada yang mustahil.

Belum Tentu Ya ..
KREDIT IMEJ :GOOGLE

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

logoblog

15 ulasan:

  1. I literally save this whole page into my 'Info' folder. Sangat-sangatlah inspiring and it reminds me to a lot of things. Thank you for this post

    BalasPadam
  2. BERGANTUNG KUAT DGN TALI ALLAH

    BalasPadam
  3. Sebaik-baik sandaran adalah bersandar pada Allah. Jangan jemu untuk mengadu dan meminta kerana Dia suka hamba2Nya yang bergantung dan memohon kepadaNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat Kak Ana..buang rasa jemu untuk terus merayu padaNYA :)

      Padam
  4. even hari esok pun kita tak tahu lagi kita dekat mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat tu aswaleyla sedang DIA telah tahu semuanya :)

      Padam
  5. Bila kita rasa kita tidak cukup, ada lagi orang lain yang tidak cukup... bersyukurlah...

    BalasPadam
  6. Hanya kepada Allah kita berserah dgn keimanan, doa, usaha dan tawakkal kepadaNya.. subhanallah, Allahuakbar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn...betul..itu yang terbaik dan sewajarnya :)

      Padam
  7. bergantung sepenuhnya pada Allah, very inspiring PC

    BalasPadam
  8. hanya allah je tampat mengadu

    BalasPadam
  9. Wkmsalam.
    Mudah2an dapat memberi kesedaran kepada kita semua.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..