Header Ads

Berbahagilah..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BERBAHAGILAH..

Hari ini hari Selasa
Selamat bercuti warga Pahang
Berbahagilah tanggungjawab yang ada
Sepertinya juga berkasih sayang

Adilnya manusia semampunya
Memberatkan hak bagi yang berhak
Buang iri hati dalam jiwa
Hindari sikap suka bertekak

Berbahagilah
Google image 

Sana sepuluh sini sepuluh
Bukan memberi kerana nama
Kita berpeluh dia pun berpeluh
Apa yang ada barbahagilah sama

Memberi bantuan tiada salahnya
Amalan mulia disukai Tuhan
Apa yang utama berpada-pada 
Agar tiada yang ambil kesempatan

Jangan disesali bantuan yang diberi
Walau sedikit tetap dihargai
Apa yang utama iklas dari hati
Ganjaran pasti Tuhan beri

Hargai keluarga kandung dahulu
Susah senang kita mereka setia bersama
Kenalan yang baru belumnya tentu
Moga bersamanya hanya ketika gembira

logoblog

7 ulasan:

  1. Pantun yang penuh dengan peringatan dan pengajaran sis...

    BalasPadam
  2. Berat sama di pikul. Ringan sama di jinjing ye PC. Baru aman hidup seharian.

    BalasPadam
  3. betul...tolong ahli keluarga terlebih dahulu yang lebih utama =)

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas peringatan

    BalasPadam
  5. yup.. mak selalu pesan apa2 tolong adik beradik dulu..

    BalasPadam
  6. Best warga pahang cuti ye harini..

    Air dicincang takkan putus dengan keluarga dan saudara mara

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..