Header Ads

Pahit?! .. Bersabarlah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

PAHIT?! .. BERSABARLAH

Hari ini Deepavali
Ada yang bekerja tidak kurang yang bercuti
Dengar omelan memang sakit hati
Buruk dibuang baik diikuti

Sudah lama maruku diperhati
Disuruh makan oleh tuan rumah yang baik hati
Dicaci di maki sabarkan hati
Dipihak yang benar akan ketahuan nanti

Pahit?! .. Bersabarlah
Google image 

Kolam menghiasi ruang di sana sini
Menjadi perhatian menawan hati
Bukan tugas mudah hendak memuaskan hati
Setiap orang ada bawaan sendiri

Kelihatan cahaya pelita di kanan kiri
Terangi malam sinarnya hingga pagi
Sihat dan sakit bersilih ganti
Dosa-dosa kecil sedang Tuhan guguri

Capati dihidang bersama kari
Ramuan kari diadun sendiri
Buang rasa dengki dan iri hati
Mula-mula berat lama-lama terbiasa nanti

Ada kuih muih ada beraneka buah
Ambil dan makan jangan lupa disyukuri
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 





logoblog

16 ulasan:

  1. syok cuti deepavali..lg syok kalo dpt cuti direct smp weekend...lama xmkn maruku hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..oleh sebab PC dah tak bekerja biasanya En Suami yang selalu cari ruang untuk mohon cuti 😁

      Padam
  2. Wahh ada pantun... dapat maruku, berblog sambil mengunyah cuti deepavali ni. Tak sedar keyboard pun jadi berminyak hehee :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi...lupa nak lap minyak esok bersemut keyboard..ingat tolong taip entri rupa cari rezeki 😂

      Padam
  3. bw sini,.. akak bercuti tapi sedih sebab bercuti dengan skrip jawapan periksa.. Deepavali pun x ke mana2, berkurung dengan kertas yg menimbun..uwaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. SubhanaAllah...besar ganjarannya tu Cikgu..di saat orang yang bercuti berhibur,Cikgu melunas tanggungjawab untuk bantu pelajar sehabis baik 😊

      Padam
  4. Capati kari makanan kegemaran
    Tak lupa juga roti nan
    Terima kasih atas peringatan
    Semoga ia menjadi ikutan

    Haha ok tak PC Pantun kak ana ni. Ngee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah ok sangat ni kak Ana 👍 aminnn moga beri manfaat untuk kita semua..

      Padam
  5. Alhamdulillah.. Masyarakat majmuk di Malaysia membolehkan kita bercuti bagi menghormati perayaan antara kaum..

    By the way, pandai PC menyusun kata menjadi pantun indah 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la kak...saling menghormati perayaan..kiranya berganti-ganti..erat silaturahim juga..
      Sikit-sikit boleh la kak pantun..kadang canggung juga bunyinya 😁

      Padam
  6. capati kegemaran saya, betullah PC sabarlah walau pahit

    BalasPadam
  7. makan roti canai dengan kari, selamat hari Deepavali =)

    BalasPadam
  8. Semalam cti duk.lat umah jee tak g mana2..anak2 busy nak preksa akhir tahun kena ulangkaji.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..