Tawakkal Dan Redha Itu Yang Terakhir

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡


TAWAKKAL DAN REDHA ITU YANG TERAKHIR  || Fitrahnya tiada yang akhir jika tiada yang memula.Tiada penutupan jika tiada pembukaan.Begitulah keseimbangan dan berpasangan yang membuatkan terjadinya kesempurnaan.Berpasangan tidak khusus merujuk kepada kita manusia sahaja.Lengkap itu bila apa yang dilakukan mengikut turutan.Namun seetengah hal langkah demi langkah dilakukan mengikut juga situasi yang selayaknya.

Adakah wajar tawakkal dan redha itu yang terakhir?!? .. kenapa ya😡

USAHA YANG PERTAMA.Bermula sedari buka mata di awal pagi bangun daripada tidur kita sudah pun berusaha sebenarnya.Bila sahaja kita inginkan sesuatu pasti disertai dengan usaha.Sebut usaha tidak semestinya dipengaruhi hal yang besar-besar atau tindakkan yang berat-berat.Arahkan diri bangun .. mandi .. berwudhuk dan solat itu usaha yang bukan calang-calang kerana berapa ramai yang tewas ketika subuh.Perut lapar .. masak dan suap makan itu juga usaha.Besar pengaruh usaha dalam aktiviti harian kita menjalani kehidupan.

Tawakkal Dan Redha Itu Yang Terakhir
Google image 

SOKONGLAH DENGAN DOA.Bukan hanya doa dari diri sendiri sebaliknya minta juga sokongan doa daripada ibu bapa,keluarga dan sesiapa sahaja asal berlapang dada untuk mendoakan.Ya,setelah usaha bersungguh-sungguh.Doa ada magisnya.Ada aura dan nikmat yang luar biasa.Mintanya di bumi.Di angkat ke langit.Kenapa PC kata mintanya di bumi dan bukan di atas sejadah .. kerana berdoa itu tidak hanya ketika solat sahaja.Di mana pun pada bila-bila masa pun kita boleh berdoa,asal sentiasa menjaga adab-adab ketika berdoa.

Pasrah itu menyerah dan lemah.Redha itu bererti memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Allah SWT untuk menentukan bagaimana hujungnya.Usaha yang membezakan antara pasrah dan redha hamba kepada NYA.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Teringat ceramah Dr Muhaya. Dia kata kena doa dulu baru usaha kemudian tawakal. Sebab doa tu senjata orang mukmin. Berdoa lah sebanyak mana. InsyaAllah Allah akan makbulkan. Lambat atau cepat je.

    BalasPadam
  2. Setuju tu sis... lepas berusaha, dan yang lain berserah sahaja...

    BalasPadam
  3. NIAT IKHLAS MELAKUKAN SETIAP USAHA BERSERTA DOA INSYAA ALLAH JAYA

    BalasPadam
  4. Doa
    Usaha
    Istiqomah
    Tawakallah

    Itu lah peranan seorang hamba dalam meneruskan kehidupan..

    BalasPadam
  5. berusaha dahulu sebaik mungkin..
    selebihnya kita redha dan tawakal pada-Nya

    BalasPadam
  6. betul tu, berusaha sedaya upaya dan selebihnya kita tawakal

    BalasPadam
  7. Setuju dan amat mendalam.. peringatan yg baik utk renungan kita semua. T kasih atas perkongsian ini PC.

    BalasPadam
  8. usaha dulu baru berserah padaNYA.. InshaAllah.. btw PC tukar warna tema blog ke niii.. hijauu. cun jugak tuu.. hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama