Alah Gurau-gurau Sahaja

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

ALAH GURAU-GURAU SAHAJA ..

Santai.
Pemanis suasana.
Membuat orang tertawa.
Pahala.

Alah Gurau-gurau Sahaja
Google image 

Disekeliling yang terbuka.
Tua.Muda.Kecil.Dewasa.
Semua ada.
Semua mahu berbicara.
Mahu berjenaka.
Mahu bergurau-gurau sahaja.

Silakan.
Tapi awas.
Jagalah bahasa yang diguna.
Jangan menghiris.
Jangan menghina.
Jangan mengaibkan mana yang ada.

Berhati-hatilah.
Penerimaan orang berbeza-beza.
Kau.Aku.Dia.Mereka.
Tidak sama.
Cuma rawaknya seperti serupa.
Ketara beza.

Alah gurau-gurau sahaja.
Itu bagimu.
Mungkin tidak baginya.
Apa kisahnya hati yang terluka.
Bagaimana maruah yang telah tercela.
Semuanya mahal berharga.
Alah gurau-gurau sahaja?

Ingat.
Dewasa bukan hingusan.
Jangan mudah-mudah digula-gula.
Ingat juga.
Anak-anak tidak mengerti apa.
Namun tetap ada penjaga.

Alah gurau-gurau sahaja.
Ya.
Namun tidak pada semua perkara.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

15 comments:

  1. gurau kita kadang-kadang menyakitkan hati. so, berhati-hatilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedar atau tidak...harus sentiasa berhati-hati.

      Delete
  2. kena ati2 juga dlm bergurau...sbb ada yg sensitif kita tktau kn

    ReplyDelete
  3. Bergurau kena ada limit nya. Kena tgk dgn siapa kita nak bergurau. Takut2 ada yg terkecil hati kn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..kena sensitif dengan keadaan sekeliling..

      Delete
  4. betul tu. kadang2 ada orang sensitif
    Kita anggap bergurau aje, tapi padanya menusuk kalbu.
    Berhati2lah bila berbicara.

    ReplyDelete
  5. Girauan itu kadangkala menggabungkan Hari sendiri.tapi belum tentu org lain Rasa begitu

    ReplyDelete
  6. hmmmm..tak tahu nk komen apa..jemput lah ke blog saya ye...https://cararesepi.blogspot.my. Ajak kawan kawan sekali..dan kalau tak kisah masukkanlah blog saya ke dalam senarai blog awak..hihi

    ReplyDelete
  7. peringatan santai tapi dalam maksudnya

    ReplyDelete
  8. Ada org suka gurau kasar..tp bila org gurau kasar balik xnak terima pulak.. maka jaga2 dgn segala cakap klu xnak diri sndiri kena perkara sama..

    ReplyDelete
  9. Setuju kak PC. Kadang bila bergurau kita kena fikir juga bagaimana penerimaaan seseorang itu sebab setiap orang mempunyai pemikiran yang berbeza-beza. Kadang risau juga jika gurauan kita itu menguris hati sesiapa tanpa disedari. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan baik-baik sahaja semua. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.