Header Ads

Moga Sama-sama Beriringan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

MOGA SAMA-SAMA BERIRINGAN

Sesudah subuh ke rumah rakan
Sudah berjanji hendak mencari lokan
Perkara baik dihebah-hebahkan
Moga sama-sama mendapat ganjaran

Ganjaran hebat menjadi dambaan
Sentiasa bermunajat kepada Tuhan
Jangan sedih terima teguran
Anggap laluan perbaiki kelemahan

Kelemahan itu bukan alasan
Terus bangkit gagah melawan
Dekati teman mencintai Tuhan
Supaya lebih terang lorong dihadapan

Dihadapan 1001 kemungkinan
Apa telah dimula cuba habiskan
Tidak usah dilihat pada pemberian
Apa yang utama semai keikhlasan

Keikhlasan bukan ciptaan
Hadirnya boleh semua rasakan
Hargailah setiap taulan
Jatuh bangun hingga hujung jalan

Moga Sama-sama Beriringan
Google image 

Jalan berpimpin tangan berdia-duaan
Sudah halal apa nak di segankan
Di dunia bertemu disatukan
Moga hingga syurga sama-sama beriringan

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

logoblog

12 ulasan:

  1. Sahabat sejati sukar di cari
    Sama bangun jatuh ketika suka dan duka
    Sama-sama mencari redha Illahi
    Semoga persahabatan kekal hingga ke syurga

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😁amin....insyaAllah..begitulah harapannya kak Ana.

      Padam
  2. Moga ikatan itu kekal hingga akhir usia.

    BalasPadam
  3. terima kasih atas peringatan =)

    BalasPadam
  4. Seorang di depan seorang di belakang,
    jauh tertinggal patut ditunggu,
    jangan melulu meninggalkan teman,
    baru nikmat meraikan bersama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😀betul...sama2 susah sama2 senang..saling membantukan Bro NA.

      Padam
  5. Semoga setiap pertemuan dan setiap ukhwah yg terjalin beroleh sepenuh keberkatanNya... aamiin ya Rabb.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😊amin...insyaAllah Bro KK..itulah yang diharap-harapkan sentiasa.

      Padam
  6. Kak PC pandai berpantun :)
    Semoga kita masing-masing dapat jalan beriringan menjadi yang lebih baik di dalam keberkatan Allah. Amin :)

    BalasPadam
  7. Semoga seiringan hingga ke Jannah

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..