Tetap Bercahaya Terus Menerangi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


TETAP BERCAHAYA TERUS MENERANGI ~ Matahari terus bercahaya,biar tugasnya adakala diambil gelapnya sang awan yang asyik meluah rasa dengan caranya yang tersendiri.Merajukkah matahari dan tidak mahu bercahaya lagi? .. tentunya TIDAK kerana taat akan perintahNYA.Rembulan juga tetap menerangi malam,cuma terkadang cahayanya sedikit suram dan kelam.Awan,mentari dan rembulan melunas fungsi mengikut arahanNYA..dan tidak mustahil bertasbih dan berbicara dengan bahasa yang tidak kita mengerti.

Bukan hal mudah terus tersenyum diketika hati sedang berduka.Tidak juga menjadi perkara senang sopan bicara dan tingkah ketika sedang dikuasai rasa amarah.TIDAK MUDAH.Namun sesiapa pun mampu melakukan dan boleh mencuba.Kalau rasa-rasa memberatnya ke gagal..sila istighfar sebanyak-banyaknya.Istighfar umpama air yang memadamkan api.InsyaAllah boleh.Yakin tau.

Kalau kita buat hal yang tidak kita suka atau tidak kita ingini..itu bukan pura-pura .. atau lebih mudah disebut "hipokrit" .. sebaliknya mesti diingat,antara kehendak kita dengan kehendak TUHAN mana yang lebih patut diutamakan..dan antara pandangan manusia dengan pandangan TUHAN mana lebih pertama dan utama.Duduk sorang-sorang cuba tanya diri sendiri.Kalau buat kerana TUHAN syabas .. kalau kerana terpaksa .. eh memang patut dipaksa pun.

Kunci kebahagian bila berusaha membahagiakan walau dengan cara yang kecil dan ringan.Dalam rasa bahagia itu ada redha dan doa.Tetap bercahaya terus menerangi jika kerana DIA tidak akan sia-sia.InsyaAllah.

Tetap Bercahaya Terus Menerangi
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Apabila berlaku masalah kehidupan, muhasabah adalah jalan terbaik... Lihat apa yang kurang dan perbaiki... setuju sis, bila kita buat kerana Tuhan, InsyaAllah kita tidak akan pernah sesat dan menyimpang...

    BalasPadam
  2. kadang2 ibadah ni kena buat sebab paksa.nanti lama2 keikhlasan tu datang

    BalasPadam
  3. suka part kehendak kita & Tuhan. Thanks sis :D

    BalasPadam
  4. Bab marah tu plg susah nak tahan. Boleh kita dgn jari berapa kali je berjaya. Selebihnya gagal dan kemudian menyesal. Semoga kak ana dan kita semua terus kuat utk memperbaiki diri masing2.

    BalasPadam
  5. Cahaya tidak semestinya menerangi.
    Kadang2 kegelapan itu juga cahaya.

    BalasPadam
  6. Bukan mudah untuk menyembunyikan rasa hati dari terlihat di wajah. Ada yang boleh dan ada yang tidak mampu..

    BalasPadam
  7. Berkata benar walaupun pahit tetapi perlu tgk keadaan juga

    BalasPadam
  8. Setuju kak PC. Walau apa jua kita lakukan, mestilah kita harapkan keredhaanNya dan keberkatanNya. Mentaati segala suruhan dan menjauhi segala larangannya. GV sangat setuju kunci kebahagiaan seperti dikatakan kak PC. Walaupun sebesar zarah kita berusaha membahagiakan sesuatu, sesungguhnya impaknya sebesar seluruh alam jika disertai dengan doa dan tawakal kepada Allah SWT. Terbaik kak PC. :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama