Suatu Ketika Dahulu ..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SUATU KETIKA DAHULU .. ~ Kisah dulu-dulu tidak mungkin dapat kita buang jauh baik apa pun warnanya,kerana itulah rentetan kisah hidup dan ceritera sepanjang perjalanan usianya kita.Boleh dan tidak salah untuk dikenang tetapi jangan terbelenggu hingga kita tidak boleh memulakan langkah yang baru.

Dahulu itu dahulu .. jangan disamakan dengan sekarang.Dahulu lain sekarang lain.Bila sebut "dahulu" dan "sekarang" .. sangat jelas sindrom menilai perbezaan itu ada dan terlihat.Kalau tegar untuk menghalang daripada membuat perbezaan antara dahulu dengan sekarang pun seakan tidak manis kerana yang dahulu itu pemula sedang yang sekarang adalah perintisnya.Tiada dahulu maka tiada sekarang.Hargai dan hormati yang dahulu,jaga dan tambah baik yang sekarang.


SUATU KETIKA DAHULU .. 

Sangat berharga.
Tidak sama kita dan dia.
Berbeza itu cerita.
Disimpan.Ada ketikanya untuk dicerita.

Suatu ketika dahulu.
Bebas benar-benar bebas.
Tetapi tetap teguh berbatas.
Bukan tiada yang terlepas dan terbabas.
Tapi masih terkawal tidak terlepas dilibas.

Dahulu.
Mungkin jauh.
Jauh yang dekat.
Rapat.Erat.
Bukan jasad tapi jiwa yang tersirat.
Setiap pertemuan cukup mewah.
Mewah kemesraan.Sarat.Sendat rasa bahagia.

Suatu ketika dahulu.
Hitam putih juga warna.
Biar mungkin dua warnanya.
Tapi hebat ceritanya.
Maju itu tetap dirasa.
Pada zaman ketika dilaluinya.


Suatu Ketika Dahulu ..
Google image 
Edit by PC

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 






PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Mudahan dahulu akan berterusan sehingga kini sis...

    BalasPadam
  2. insyallah...dahulu dengan sekarang banyak bezanya...

    BalasPadam
  3. suatu ketika dahulu laa yang buat kita kuat sehingga sekarang, Terima kasih untuk suatu ketika dahulu ^^

    BalasPadam
  4. Suatu ketika dahulu kerananya manusia menjadi matang jika tahu dan pandai mengambil iktibar.

    BalasPadam
  5. Semoga kisah dahulu jadi iktibar utk kita perbaiki diri. Kalau dulu jauh skrg rapat2 kan. Kalau dulu lalai skrg ingat2 kan. Salam jumaat PC.

    BalasPadam
  6. In shaa Allah..
    Yg dahulu ttp teringat
    Semoga mnjdi peringatan dan teladan

    BalasPadam
  7. Suatu ketika dahulu yang penuh dengan pengajaran..yang menjadikan kita masa kini, moga masa hadapan memjadi lebih baik dengan perbaiki masa kini. Amin..

    BalasPadam
  8. Yang dahulu kita jadikan pengalaman, yang terbaru kita jadikan pelajaran. Nasihat terbaik kak PC. :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama