Busur Ditangan .. Anak Panah Di"haluan"kan Tuhan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BUSUR DITANGAN .. ANAK PANAH DI"HALUAN"KAN TUHAN

Pelakon.
Semua kita pelakon.
Skrip sendiri.
Watak masing-masing.
Bukan dilayar kaca.
Tapi dilayar dunia.
Pengarahnya DIA.

Arkitek.
Hakikatnya ya.
Bukan melakar di atas kertas.
Tapi terus membina di dunia akhirat sana.
Istana syurga.
Penjara neraka.
Terbinanya atas izinNYA.

Pelabur.
Jangan difikir wang sahaja.
Sedang hati gelisah tidak bertambah.
Makin pula berkurang.
Yang satu ini tidak putus.
Tabungan dosa atau pahala.
Melihat.
Mencatat.
DIA

Sasaran.
Kita kaji.
Kita uji.
Fokus pada sasaran.
Arahnya.
DIA tetapkan.

Kudrat yang terhad.
Semangat yang sarat.
Digagahi.
Busur ditangan diangkat.
Sasar arah yang tepat.
Ingat.
Kena tepat.
Melayang sesat.
Anak panah di"haluan"kan Tuhan.

BUSUR DITANGAN .. ANAK PANAH DI"HALUAN"KAN TUHAN
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. terbaik...cikyan suka kata2 tu smua..karang sndiri ke?

    kita manusia yg ada pelbagai watak dlm kehidupan.. tapi semoga semuanya yg baik baik dan Allah redha.. Aaaaminn ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cikyan...betul alhamdulillah dengan izin Allah SWT dapat karang sendiri...
      Amin...mainkan peranan masing-masing sebaiknya moga lancar di sana kelak.

      Padam
  2. Sebagai manusia biasa kadang-kadang tersasar juga tapi syukurlah DIA maha pengampun lagi maha mengasihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa pun sesekali tergelincir...tersasar kak...PC pun begitu...kasing Allah itu yang menolong sebenarnya.

      Padam
  3. Singgah dini di pagi hari.. Semoga hati kit sentiasa bersih :)

    BalasPadam
  4. semoga kita semua tak tersasar dari landasan yang betul.

    BalasPadam
  5. Semoga kita sentiasa berpaksikan ajaranNya PC. Agak2 dah tersasar segera pulang ke pangkal jalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn..betul kak Ana...moga dalam jalan pulang kita dipermudahkan mencari pintu taubat...

      Padam
  6. Semoga haluan yang kita pilih sentiasa dalam redha Allah kan PC..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama