Lagi Bagus Kalau ...

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 

LAGI BAGUS KALAU ...

Berdiri tegak di atas kerusi
Didenda cikgu lambat masuk kelas
Bila sudah berada di atas
Jauhi sifat meninggi diri


LAGI BAGUS KALAU ...
Google image 

Katanya teringin mahu melihat Zirafah
Menuji ke kandang sambil berlari
Biar pun miliki harta melimpah
Teruslah besederhana setiap hari

Siput lala kepah kerang
Terasa nak makan masak sendiri
Pandai menutup aib orang 
Pintar menjaga maruah diri

Boleh bertukar warna itu Sesumpah
Kelebihan untuk penyamaran diri
Tipiskan solekkan diwajah
Tebalkan hiasan dihati

Lompat-lompat atas titi
Gigi patah akarnya digusi
Muafakat bersatu hati
Berganding bahu mencari solusi

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
Tempuhi hidup penuh tabah
Moga sentiasa dilindungi Ilahi

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. MENDONGAK LIHAT BINTANG DI LANGIT JGN LUPA RUMPUT DI BUMI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak PI..sentiasa sedar diri dan beringat-ingat.

      Padam
  2. Hidup seperti roda. Kejap di atas tak mustahil akan ke bawah juga. Sentiasa merendah diri. Bila dah kaya zakat sedekah jgn di lupa. Takut bala menimpa. Semoga kita dijauhkan dari sifat sedemikian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...esok lusa kita tak tahu...risaunya rak sampai esok lusa..jadi dikesempatan yang ada...gunakan sebaik-baiknya...amin.

      Padam
Terbaru Lebih lama