Header Ads

Ohhh Ulser .. Adududu .. Pengajaran!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

OHH ULSER .. ADUDUDU .. PENGAJARAN!

Asalnya kecil lama-lama besar
Tumbuhnya merata ikut suka
Bila berbicara jangan bernada kasar
Kelak nanti diri sukar diterima

Bila belaga aduh sakitnya
Tahan hingga berair mata
Walau suka gila-gila
Tetap mesti berpada-pada 

Dibibir digusi di tekak juga
Terserahlah ulser hendak hidup di mana
Apa berlaku kehendak DIA
Moga dosa kecil digugurkan segera

Bila ulser tumbuh mengeluh sahaja
Anggap pengajaran untuk diri
Ingat nikmat boleh diambil diterima
Sedarkan diri bukan pemilik hakiki 

Madu minyak kelapa dan air kelapa
Antara rawatan semulajadi boleh diguna
Ulser yang sedikit pun tidak tertahan rasa
Mampukan kita menghadapi bara neraka

Ada pula petua sapukan garam
Baru dengar eh sudah terasa seram
Jangan cepat marah bila berasa geram
Dekati yang halal hindari yang haram


Ohhh Ulser .. Adududu .. Pengajaran!
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

logoblog

19 ulasan:

  1. Nasihat dalam pantun..adui sakitnya tu..jumpa doktor ya hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selit sikit2 Cikgu Etuza😊
      Meleleh juga kadang air mata.

      Padam
  2. nasihat yang indah...tengok ulser tu aduhai seram dan sakitnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Irda..memang seram lagi2 semakin lama semakin besar😂

      Padam
  3. Wah berpantun hari nie ya, Kak Sue pun baru baik dari ulser..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam pada ulser pun berpantun kak..alhamdulillah akak dah pulih..harap PC pun segera pulih ni😂

      Padam
  4. Fuhh memang sakitt kalau kena ulser. Nak makan pon rasa terbatas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la Fitin..seram sejuk nak demam pun ada..mugkin sebab banyak tumbuhnya..😂

      Padam
  5. Syafakillah PC. Semoga sakit tu asbab Allah nak ampunkn dosa2 kita. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.Terima kasih kak Ana.Betul kak,moga gugurlah dosa2 kecil PC kak..dan moga Allah makbulkan doa2 PC..😊

      Padam
  6. SAKITNYA DISERANG ULSER MOHON DI JAUHI-NYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak PI...rasa berdenyut2..rasa lapar tapi nak makan fikir banyak kali..sebab tumbuh banyak tempat😂

      Padam
  7. amboi siap bpantun.. hahahhaa..

    mmg sakit.. sellau tergigit part ulser tu.. sakit betul..
    tek sedar meleleh air mata.. hahhaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat2...makan pedas apatah lagi....sekali suap 5 kali lap air mata....😂

      Padam
  8. Saya sakit ulser mmg boleh hilang selera makan yg pedas2, sakit wooo

    BalasPadam
  9. Wow.. dlm bg info pasal ulser , ingatkan kita pasal akhirat. Lagi menarik sebab dalam pantun. Thankz PC.

    BalasPadam
  10. ttbe rasa mcm ada dkt dlm mulut plak

    BalasPadam
  11. GV kerap juga kena ulser. Kalau kena ulser, GV cepat2x kumur listerine dan tak bagi mulut tak makan atau minum dalam jangka masa lama sebab takut bengkak ulser tu makin sakit. huhu. GV just fikir sakit itu penghapus dosa je dan redha je sakit. huhu. Cmner pun, good nasihat kak PC. Hihi. :)

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..