Satu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 

SATU ..

Satu
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

Pada angka ke berapa?
Satu.
Terbit rasa kagum.Salah pandu timbul rasa kelabu berbintik hitam.
Tidak semua.Tapi ada.
Dijulang.Ditatang.Dirai.Dicanang.Diingati.
Dunia.
Di tempat pertama.Satu.
Juara.Jaguh.Wira.Wirawati.
Bakinya dianggap biasa-biasa cuma.
Kedudukkan boleh berubah.
Jangan diketika itu terduduk parah.
Baik dicontohi.
Apa pun dihadapan nikmati.SYUKURI.


Sifar.Satu menyusul.
Hitungan yang bermula satu.
Seribu mulanya satu.
Berjuta langkah mulanya dari langkah pertama.
Satu.Kecil dan sedikit.
Tapi hakikat satu itu besar dan banyak.
SATU untuk semua.
Semua hakikatnya untuk DIA yang satu-satunya SATU.


Disusun satu persatu.
Awalnya dari wahyu.Untuk diseru.
Terusan menyeru.
Lengkap.
Takuti.Patuhi.Taati.
DIA YANG ESA
Berlisan.Seterusnya berkembang padu.
Seluasnya alam.
Setiap kalimah di coret seperti terdahulu.
Apapun tintanya.Ertinya tetap sama.




Barangsiapa membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu pahala dan satu pahala diganjar sepuluh kali lipat. (HR Tirmidzi)


Manusia.
Waktu terus berlalu.
Yang sama tidak akan terganti.
Mulakan.
Bagaimana.Cari solusi.
Biarpun cuma satu.Sehari.


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

17 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kita semua sama disisi yang satu.. Yang berpangkat berharta sekalipun semua sama kan kak PC yang membezakan kita di pandanganNYA adalah takwa.. Terima kasih untuk ingatan ini

    Nice sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Husniey😊..sangat betul kerana nanti segalanya akan lebur kecuali amalan yang diambil kira..hanya kecantikkan hati yang menarik pandangan Ilahi..

      Padam
  2. Satunya Allah, tiada dan tiada mula dan akhirnya... Kerana Dia tetap satu selamanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerana Allah..segalanya.Ikatan sumpah janji.Iman.😊

      Padam
  3. Maha Pemurahnya Allah. Satu huruf al-quran dibaca ganjarannya dilipat gandakan. Kita je malas nk rebut ganjaran mudah ni. =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila buat dosa atau khilaf balasannya satu...tapi pada kebaikkan satu ganjarannya berlipat ganda..moga kita ambil kesempatan kan kak😊

      Padam
  4. Mendalam maksudnya ya, hanya bermula dengan SATU..

    BalasPadam
  5. Semoga dapat dimanfaatkan segala peluang yang ada..
    Satu huruf pun dikurniakan ganjaran pahala, apatah lagi khatam senaskhah al-Quran..
    Sungguh tak terkata..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau betul-betul kita sangat mewahkan kak...nikmat depan mata yang terkadang PC sendiri alpa😂

      Padam
  6. Dia Yang Satu, Cinta Abadi, Cinta Hakiki

    BalasPadam
  7. Setialah hanya kepada yang SATU. ALLAH yang maha esa ^^

    BalasPadam
  8. Terima kasih di atas peringatan kasih sayang kak PC..

    BalasPadam
  9. Kalimah suci menyeru kita menuntut ilmu dan membaca..PC terima kasih sejuk hati membacanya

    BalasPadam
  10. Allah yang maha Esa.
    Hanya Dia satu2nya yang kita sembah dan memohon pertolongan.

    BalasPadam
  11. Wahid is satu kan kak PC. Hanya ada satu yang kita sembah iaitu Allah SWT. Semoga kita menjadi ahli syurga suatu hari nanti. InsyaAllah. Aamin. :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama