Sentiasa Efisyen Jarakkan Untuk Keduniaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

SENTIASA EFISYEN JARAKKAN UNTUK KEDUNIAAN

Sentiasa Efisyen Jarakkan  Untuk  Keduniaan

Jangan diketawakan lambatnya kura-kura
Walau lambat hujungnya sampai juga
Kita hidup di dua dunia
Di akhirat nanti kekal selamanya

Santai bersembang perihal semasa
Seronok makan buah longan
Kejar dunia tiada salahnya
Namun akhirat dilupa JANGAN

Sungguh comel si ayam hutan
Awal pagi pandai bersiar-siar
Amalan umpama jambatan
Menghubung dunia dan mahsyar

Minum teh o tanpa gula
Tidak enak pada mulanya
Mula-mula perit mengurangi dunia
Lama-lama terpandu lebih mendamba syurga-NYA

Pergi memancing si ikan Kelah
Siap dimasak makan bersama
Terus istiqhomah pada hal yang jernih
Moga kebaikkan itu menjadi peguam bela di sana

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

18 comments:

  1. "Terus istiqhomah pada hal yang jernih"
    In Sha Allah.

    ReplyDelete
  2. Pantun yang mempunyai nasihat yang baik =)

    ReplyDelete
  3. Matlamat kita ialah akhirat ye PC. Tp masih ramai yg kejar dunia termasuk kak ana ni. Kena sentiasa muhasabah diri semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC pun banyak lalainya kak Ana...perlahan-lahan perbaiki diri insyaAllah 😊

      Delete
  4. ISTIQAMAH AMALAN BAIK YG DITNTUT

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian ini..hai saya rabia ..done follow blog akak..

    rabiadawiyah21.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Rabia..😊
      Terima kasih sudi follow blog kam kak PC ya.
      Kak PC follow blog Rabia juga.

      Delete
  6. Nice. Fatin suka baca. Penuh makna yang tersirat dan tersurat ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😊 Alhamdulillah..Allahu..terima kasih Fatin...

      Delete
  7. pandai berpantun2.. i tak pandai laaaa. pantun mengingatkan.

    ReplyDelete
  8. Suka rangkap pertama, jangan diketawaka lambatnya kura kura.. Nak dihuraikan maksud itu mesti panjang juga 😁

    Terima kasih perkongsian ini kak pc

    ReplyDelete
  9. Nice one kak PC. Pandai tau akak berpantun. Boleh masuk Super SPontan ni. Hihi

    ReplyDelete
  10. pantun penuh nasihat..terima kasih PC

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.