Impak Sesekali Berapi ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


IMPAK SESEKALI BERAPI 🔥 ~  Tenang .. aman damai .. toleransi .. aura dan persekitaran di mana pun kalau beginilah .. insyaAllah semuanya sentiasa berasa gembira .. sihat fizikal,mental dan emosi.Tak ada yang namanya tekanan .. jauh sekali dilanda kebosanan.Allahu.Tidak mustahil kalau ada kerjasama.Masing-masing jaga diri.

Masing-masing jaga diri itu bagus.Apa yang tidak bagus jaga diri untuk kepentingan peribadi .. "yang penting diri sendiri selamat" .. "asal rekod sendiri bersih" .. dan lebih menyakitkan "orang lain dituding hingga menjadi mangsa" .. ini bukan jaga diri tapi pentingkan diri sendiri..aduh parah😧.

Parah itu bila ada yang suka membuli.Ambil kesempatan atas baik budinya orang lain tetapi melebihi batas.Ya,sabar itu tidak ada had..tidak ada sempadan pun,selagi boleh tahan,,pertahankan rasa kesabaran itu,namun lihat juga sekadar mana dan ditahap apa pedas dan panas serta pahitnya angkara sikap orang.

Bukan PC mengajar untuk berlaku biadap..jangan ya.Tidak baik begitu.Cuma bila sesekali bersuara tegas dan lantang tidak menjadi khilaf juga..impak sesekali berapi mungkin dapat menyedarkan orang lain bahawa yang dia lakukan selama ini silap dan perlu di betulkan.Tetapi diri kita sendiri pun kena juga bersedia..terima nasihat atau teguran berapi daripada orang lain.Menjadi situasi menang-menang.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



12 comments:

  1. tapi kadang nak tegur takut kena marah balik..

    ReplyDelete
  2. Paling tak suka dengan orang yang suka buli orang dan suka perggunakan orang tu.. lagi lagi orang yang jenis tak reti nak menolak.. Jujur je.. Hmm moga dijauhkan bersikap demikian.. Berdoa semoga insan yang begitu berubah lakunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...yang membuli bertambah suka...ambil kesempatan atas kebaikkan orang lain...itu yang tak seronok..

      Delete
  3. Pergunakan org utk kepentingan diri sendiri sgt lah tak bagus. Kalau kak ana mcm xde kepuasan bila melalui cara mcm tu. Patutnya usaha bersama kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak Ana...lagi sakit hati slumber je..tak ada rasa bersalah langsung...siap ngaku semua atas usaha sendiri...

      Delete
  4. tak salah kita menyuarakan pendapat kita dengan lantang..lagi2 apa yang kita suarakan tue betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..asalkan jaga tutur kata dan tertib..sangat perlu.

      Delete
  5. Waktu bekerja dulu, kakcik memang sangat berhati-hati untuk brsuara, takut lain yang kita maksudkan, lain yang orang faham. Tetapi sesekali, terlepas juga 'angin'...

    ReplyDelete
  6. Kak Sue pernah lah juga alamai, rasa macam orang ambik kesempatan atas layan baik kita, pastu tikam balik belakang kita.. Baik Kak Sue bawa diri jauh-jauh.. Apapun anggapan orang lepas tu, Allah maha mengetahui..

    ReplyDelete
  7. Bab ambil kesempatan tu paling x suka. Huhu. Bnyk sngt yg mcm ni. Tp apa boleh buat kan. Sabar je la

    ReplyDelete
  8. GV setuju kak PC. Yang paling penting kita kena selalu beringat dan toleransi antara satu sama lain supaya dua dua win win situation. Kalau hanya sebelah pihak saja yang untung dan sebaliknya, itu pastinya membawa kepada unsur kurang enak nanti.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.