Header Ads

Mencari Sakinah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

MENCARI SAKINAH 

Mencari Sakinah

Tenang.Ketenangan.
Mahal.
Tidak boleh dibeli.
Boleh dicari.
Sebelum semua cara diguna.
Terlebih dulu minta sakinah dariNya.Al Quran solusi pertama.
Cubalah.Rasakan nikmatnya.

Ibu bapa.
Berjauhan.
Tidak dapat sering bertemu.
Tanya khabar jangan jemu.
Apabila sebumbung.
Jaga.
Kuatkan harumannya.
Eratkan simpulannya.
Banyak pintu akan terbuka.
Sakinahnya luar biasa.

Daripada hati.Sampai juga ke hati.
Berusaha memaafkan.
Berjuang melupakan.
Mencari sakinah.
Ini salah satu daripada banyak lorongnya.
Mulakan dari kejernihan hati.
Ketegaran iman.

Hutang.
Bahaya.
Sedar.Tidak sedar.
Mudah berlaku.
Senang dilakukan.
Tidak dengan sesama insan.
Jangan terlalu yakin tiada hutang dengan Tuhan.
Lunaskan.
Satu per satu.


Tidaklah berhimpun satu kaum di salah satu rumah Allah untuk membaca Al Quran dan saling mempelajarinya,kecuali akan turun kepada mereka sakinah (rasa tenang)dilingkupi oleh Rahmat ,dikelilingi oleh Malaikat dan disebut oleh Allah di hadapan (Malaikat) yang berada dekatNya. (HR Muslim)


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

logoblog

21 ulasan:

  1. Sedih...bila duduk bersama tak pernah hendak menghargai. Bila tiada barulah kononnya tercari-cari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lazimnya manusia begitu kakcik...tidak semua namun yang begini tetap ada..

      Padam
  2. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatanyang baik..
    Sesungguhnya ketenangan, kebahagiaan dan kedamaian itu dambaan setiap insan. Bahkan ianya adalah fitrah dan naluri keinsanan. Cubalah bertanya kepada sesiapa pun, tentu jawapannya sama: “Kami mahukan kebahagiaan, kami mahukan ketenangan”. Walau siapa pun dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam..betul..kerana tenang..bahagia itu tunjang kepada kelancaran kehidupan...

      Padam
  3. btul tu..ketenangan tk bole dibeli

    BalasPadam
  4. MOGA DIPEROLEHI SAKINAH YG DICARI

    BalasPadam
  5. bukan mudah nak mendapatnya...

    BalasPadam
  6. Nice sharing. Tak smua mampu dapat ketenangan. Besyukurlah siapa yang dapat ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fatin...betul...ketenangan ni salah satu rezeki jugakan...

      Padam
  7. Berbakti pada ibu bapa besar ganjaran nya PC. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan mereka. Sayangi mereka sepenuh hati dan jaga hati mereka sebaiknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Ana...sangat tepat.Redha mereka itu yang mahal sebenarnya...kunci pada tenang dan bahagia untuk anak-anak.

      Padam
  8. assalamualaikum, hai kakak lama tak lepak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam..hai...ok jemput lepak ya...santai.

      Padam
  9. Hutang dgn Tuhan tu sentiasa menjadi peringatan. Terima kasih atas perkongsian ini PC.

    BalasPadam
  10. Kdg2 memang sedih bilanberjauhan dgn ibu ayah. Kalau boleh naknberbakti selamnya pd mereka

    BalasPadam
  11. Betul tu PC, ketenangan tak boleh dibeli dan susah dicari hanya dengan Al Quran dan ingat Allah, insyAllah terpelihara hati..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..