Perlu Jelas

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 

PERLU JELAS

Hari Jumaat kembali lagi
Berwangi-wangian pergi ke masjid
Perlu tahu tujuan berminyak wangi
Niatkan bersunnah seperti Nabi Muhammad

Mata mengantuk pergi sekolah
Lambat bersiap dimarahi emaknya
Lantang bersuara tidak salah
Pastikan tahu mana salurannya

Katak puru sembunyi dipenjuru
Ditunjukkan penyapu dia buat tidak tahu
Tuntut ilmu pastikan berguru
Terhindar khilaf melaksana ilmu

Terintai-intai ke rumah jiran
Hendak bersama-sama pergi ke pasar
Fakta dan auta dicampur jangan
Selidik dulu sebelum menyebar

Sahabat Rasulullah SAW bernama Umar
Ukhuwah mereka sangat utuh
Fitnah itu berdosa besar
Lebih dahsyat dosa membunuh

Asyik berangan di depan cermin
Berhias memuji diri sendiri
Soalnya hukum jangan dibuat main
Kelak menjerat diri sendiri 


Perlu Jelas
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

17 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Assalamualaikum kak..waaah siap berpantun hari Jumaat ni ya..

    BalasPadam
  2. Salam Jumaat PC. Jauh kan lah kita dari fitnah. Besar dosa dan juga kesannya. Banyak pihak akan terlibat akhirnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..nampak macam kecil je..hakikatnya besar kesannya..

      Padam
  3. sejak kerja dalam aircond ni memang jimat sangat perfume.

    BalasPadam
  4. Tq kak àtas peringatan ni. Salam jumaat penuh keberkatan

    BalasPadam
  5. SALAM JUMAAT PC BERLUMBA CARI BERKATAN-NYA DI HARI MULIA

    BalasPadam
  6. Waalaikumsalam..berpantun sambil mengajak pada kebaikan..terbaikkk

    BalasPadam
  7. Perkara kurang jelas boleh membawa kepada haram.. wallahualam. Semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat Illahi... aamiin.

    BalasPadam
  8. peringatan dan nasihat untuk kita semua.

    BalasPadam
  9. Wah berpantun lagi PC, good sharing.. Semoga jadi ingatan untuk kita semua kan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama