Akad Mengikat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

AKAD MENGIKAT

Tersergam indah pelamin di taman
Warnanya putih bersih sekali
Mula-mula hanya berteman
Lama-lama terpaut dihati

Lama-lama terpaut dihati
Bawa ibu ayah merisik si dia
Meluah rasa apa yang dihajati
Mohon izin mahu hidup bersama

Mohon izin mahu hidup bersama
Cincin dihulur tanda berpunya
Tidak mengapa besederhana
Apa yang penting pada akadnya

Apa yang penting pada akadnya
Punca bermula hubungan berdua
Jangan terlalu dimudahkannya
Mempengaruhi ke ibadah juga

Bunga telur dua pahar
Kanan kiri hiasi pelamin
Jangan dirisau sedikitnya mahar
Utamakan teguh dan tinggi di iman


Akad Mengikat
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. yang penting akad..lain-lain tu ikut kemampuan

    BalasPadam
  2. Musim orang kahwin sekarang nin sesuai sangat pantun kak pc.. 😍

    BalasPadam
  3. Betul tu PC, paling penting ikatan yang terjalin...

    BalasPadam
  4. Setuju PC, yang penting akad dan majlis yang sederhana tapi penuh keberkatan kan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama