Header Ads

Cara Masing-masing

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT 

CARA MASING-MASING

Hari Sabtu muncul lagi
Buntu memikir hidangan nanti
Tidak semua hal berkenan dihati
Ambillah masa cuba lebih perhati

Aura Ramadhan kian terasa
Sudah banyak kelihatan kurma
Cara kita mungkin tidak sama
Belajarlah untuk berlapang dada

Lepas mandi main gasing
Gasing ligat berpusing-pusing
Lihat dulu jangan bising
Hadam dulu hal yang penting

Di jalanraya jangan berlumba
Amalkan memandu dengan bertenang
Hilangkan tekanan banyak cara
Asalkan baik jangan dilarang

Sarapan pagi minum jus tembikai
Sesekali menikmati laicikang
Jangan cepat mempertikai
Hormatilah cara masing-masing 

Cara masing-masing

#sama-sama mencari redha Ilahi 

logoblog

7 ulasan:

  1. singgah ...

    cara masing-masing asal sampai tujuan yang dirancang dengan baik...

    BalasPadam
  2. yaaa setuju mcm pantun pulak ya.. ramadhan xlama lg harap2 dpt jalani dgn sebaiknya

    BalasPadam
  3. RAMADAN DINANTI DENGAN DEBARAN DI HATI

    BalasPadam
  4. in shaa Allah..

    Ramadan masa terbaik untuk berdoa..

    BalasPadam
  5. kalau pc dah berpantun kena balas ni... hehehe


    Aura Ramadhan tersangatlah dekat
    Bagai isi dengan kuku
    Jangan dibiarkan mulut disekat
    Agar dapat berzikir selalu

    BalasPadam
  6. cara masing-masing.
    acuan masing-masing.
    jgn ganggu org lain :)

    yes la PC, ramadhan sgt dekat.
    moga kita dipanjangkan umur dan bertemu ramadhan.

    BalasPadam
  7. Cara masing-masing asalkan baik, semoga dicapaikan segala hajat dan diberkati segala usaha.. aamiin.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..